Pengalaman Staycation Stay And Indulge Di Hotel Cosmo Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Yayyy.. mood holiday turn ON. Eh, bukan pi travel jejauh tapi staycation kali ni sis memilih untuk merehatkan minda di Kuala Lumpur sahaja. Walaupun tiap-tiap hari ke Kuala Lumpur tapi kalau untuk bercuti tetap excited. Ye la, tak salah kan kalau bercuti di KL sebab kat sana ada banyak juga tempat-tempat menarik untuk dilawati.
Lokasi Hotel Cosmo Kuala Lumpur
Untuk staycation kali ni sis menginap di Hotel Cosmo Kuala Lumpur. Lokasi hotel ni terletak di Lebuh Ampang dan betul-betul berada di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bagi yang membawa kenderaan, boleh la waze 'Cosmo Hotel' untuk datang ke hotel ni. Oh ya, untuk parking boleh la park kenderaan di bangunan berhadapan hotel ni kerana hotel ni tidak mempunyai parking sendiri. Tapi jika ingin naik kemudahan awam lebih bagus dan jangan risau, kedudukan hotel ni dekat sahaja dengan stesen LRT Masjid Jamek.
Check-In Di Hotel Cosmo Kuala Lumpur
Aha, bagi yang tanya sis bercuti sorang-sorang ke? Isk, idok le. Staycation kali ni sis ditemani oleh my partner in crime, siapa lagi kalau bukan Miss Masliza. Kami sampai di hotel dan check-in macam biasa. Alhamdulillah, proses untuk check-in smooth je. So, bila dah dapat kad bilik, apa lagi.. Terus kami menuju ke bilik.
Waktu Check-In
3.00pm
Waktu Check-Out
12.00pm
Jenis Bilik dan Kemudahan di dalam Bilik Hotel Cosmo Kuala Lumpur
Tadaaa.. ha, ni la rupa bilik penginapan sis untuk 2 hari 1 malam di Hotel Cosmo Kuala Lumpur. Bilik ni adalah jenis Cosmo Room dan keluasan bilik ni adalah 18 sqm. Cosmo Room ni ada 2 jenis katil iaitu King ataupun Twin dan yang sis dapat ni katil jenis King. First impression, Alhamdulillah, cukup selesa untuk 2 orang dan korang tengok la katil tu, tegang dan tebal. Rasa sayang pulak nak landing katil ni. hehe
Dari segi kemudahan dalam bilik pun Alhamdulillah semua cukup. Antaranya seperti TV, bilik air, hair dryer, toiletries, almari, meja, peti sejuk mini, peralatan membancuh air dan yang penting iron pun ada. Biasa la orang perempuan ni memang wajib kena ada iron. So, kalau kat bilik hotel ada sediakan iron memang extra bonus la kan.
Lagi satu extra bonus untuk bilik yang sis dapat ni adalah view. Bilik yang sis dapat ni boleh nampak view Kuala Lumpur dan specifically menghadap Menara Merdeka 118. Kebetulan masa kami stay kat sini Merdeka 118 ada pasang lampu, jadi dapat la tengok kan. Lawaaa...
Tempat Makan Di Hotel Cosmo Kuala Lumpur
Kebiasaannya kalau stay hotel akan sekali dengan pakej breakfast. Sama juga di sini. Tapi.. ada tapi tau. Nak tau tak? Pakej Staycation sis selama 2 hari 1 malam ni special tau. Bukan dapat sekali dengan pakej breakfast sahaja tapi lebih dari tu. Ok, part ni sis akan share di bawah tapi sebelum tu, sis nak cerita bab makan dulu.
Ha, bab makan tak payah risau kat stay kat Hotel Cosmo Kuala Lumpur ni. Di dalam hotel sendiri ada restoran yang menyediakan makanan dari breakfast hingga ke dinner.
1) Breakfast
Breafast atau sarapan pagi ada disediakan di Cafe Mint yang berada di Level 1 setiap hari dengan menyediakan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa. Kapasiti untuk Cafe Mint boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa serta ada juga Private Dining Room untuk yang boleh memuatkan sehingga 32 orang.
Breakfast Operation Hours:
- Monday to Friday - 7:00 am to 10:30 am
- Saturday & Sunday (Public Holidays) - 7:00 am to 11:00 am
2) Lunch
Jika ingin lunch atau makan tengah hari di hotel, boleh la datang ke Cafe Mint untuk menikmati hidangan Ala Carte. Actually kat Cafe Mint ni akan selalu ada promosi makanan dan kebetulan masa sis stay kat sini ada tawaran Chick-Tastic di mana ada 2 hidangan yang boleh dipilih iaitu Set Claypot Chicken Rice ataupun Set Chicken Chop. Kedua-dua set ni didatangkan dengan air minuman sejuk atau panas dengan harga RM19 nett per set. Murah kan. Portion pun besar tau.
Note : Promosi Chick-Tastic ni berakshir pada 31 Julai 2024. Untuk promosi yang lain boleh rujuk website ye
3) Hi-Tea
Bagi yang nak chill-chill, boleh la Hi-tea di Cosmo Lounge, Level M. Bagi sis Cosmo Lounge ni memang tenang dengan suasana yang romantik. Susun atur kerusi pun luas dan ada pelbagai jenis kerusi. Kalau nak ala-ala kat rumah pun boleh sebab ada sofa juga. Memang sesuai nak bersantai sambil makan-makan bersama kawan-kawan ataupun jika ada business chit chat ke kan.
4) Dinner
Untuk dinner, boleh la makan hidangan ala-carte di Cafe Mint sebab cafe ni dibuka sehingga pukul 6.00pm. Tapi kami malas nak keluar makan. So apa lagi, kitorang order In-Room Dining je la. Boleh la makan santai-santai je kan dalam bilik kan. Lagipun lepas tengok pilihan menu ada di atas meja, harga dia agak murah tau. Tu yang laju je order. hehe
In-Room Dining
LAST ORDER: 5:30 PM
Tawaran Pakej Stay And Indulge Di Hotel Cosmo Kuala Lumpur
Guys, kat atas tadi sis ada bagitau yang pakej penginapan sis kali ni special kan. Ha, nak tahu tak sebab apa?? Sebab sekarang Hotel Cosmo Kuala Lumpur sedang mengadakan promosi untuk Pakej Stay And Indulge. Berikut sis kongsikan apa yang korang dapat untuk pakej Stay And Indulge :
- Daily buffet breakfast at Cafe Mint from 7.00am till 10.30am
- Welcome coffee/tea, chilled juices, cookies and local titbits at Cosmo Lounge from 11.00am till 7.00pm daily
- Complimentary Canapes & Snacks at Cosmo Lounge 5.00pm till 7.00pm daily
- Complimentary set Lunch or Dinner at Cosmo Lounge
- Complimentary Minibar in the room (One time)
- Complimentary WiFi access in room
- Complimentary late check-out till 4pm
Ha, best kan pakej Stay And Indulge ni. Complete dengan makan tau. Kiranya bab makan tu korang dah tak perlu risau dah. So, kalau ada yang nak stay hotel untuk merehatkan minda dengan dengan pengalaman makan dan benefits yang best, boleh la ambil pakej ni
Kemudahan Gymnasium
Dah makan banyak-banyak ni ada yang ghisau gemuk ke?? Eh, tak perlu risau sebab kat hotel ni ada kemudahan gymnasium di Level 15 untuk sesiapa yang nak exercise. Jadi boleh la buang balik lemak-lemak yang terkumpul selepas dah makan banyak. hehe
Tempat-tempat Menarik berhampiran Hotel
Oleh kerana hotel Cosmo Kuala Lumpur berada betul-betul di tengah-tengah KL, jadi lokasi hotel ni sangat strategik dan mudah untuk pergi ke lokasi-lokasi menarik yang menjadi tarikan pelancong. Ni antara lokasi yang korang boleh pergi dengan jalan kaki sahaja dari hotel iaitu :
- River Of Life (Kuala Lumpur)
- Petaling Street (Chinatown)
- Central Market
- Dataran Merdeka
- Masjid Jamek (Jamek Mosque)
Alhamdulillah secara keseluruhan memang puas hati dengan pengalaman menginap di Hotel Cosmo Kuala Lumpur ni. Rasa tak puas pula stay untuk 2 hari 1 malam. Tapi apa kan daya, weekend je waktu yang available untuk sis. Tapi takpe, InshaAllah kalau ada rezeki next time nak stay sini lagi.
Korang pula kalau nak buat tempahan untuk stay di Hotel Cosmo Kuala Lumpur, boleh layari :
>> cosmohotelkl.com <<
0 Comments