Produk GKB Z-Well Dan Tiger Milk Mushroom Untuk Meningkatkan Imuniti Dan Kualiti Tidur | Assalamualaikum semua.. Siapa sini pernah consume produk GKB?? Ha, kalau korang nak tahu sis memang pengguna produk GKB ni sejak sis mengalami masalah pencernaan lebih kurang setahun yang lalu. Dari situ sis dah mula jatuh cinta dengan produk GKB ni. Untuk entri kali ni pula, sis nak share dengan semua pembaca mengenai 2 lagi produk GKB iaitu Z-Well Dan Tiger Milk Mushroom yang dapat membantu meningkatkan imuniti dan juga kualiti tidur. Nak tahu lebih lanjut kena baca sampai habis tau.
Pengenalan Mengenai produk GKB
Sebelum sis bercerita lebih lanjut mengenai Z-Well Dan Tiger Milk Mushroom, izinkan sis kongsikan sedikit info mengenai GKB. Untuk pengetahuan korang, GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) telah ditubuhkan pada tahun 2018, dan merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Objektif utamanya adalah bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi di Malaysia pada harga yang berpatutan untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan. Sejak penubuhannya, syarikat itu telah membantu lebih daripada satu juta rakyat Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Produk GKB Z-Well
Kalau korang nak tahu, sis memang ada masalah tidur iaitu susah nak tidur malam. Sebenarnya masalah ni dah wujud dari zaman sis muda dulu lagi tapi dulu sis tak berapa nak hiraukan sangat sebab tak cukup tidur pun sis masih bertenaga di waktu siang (maklum la muda lagi kan). Tapi bila menjangkau umur 40-an ni bila susah tidur malam mengakibatkan badan sis lesu dan tak bermaya di waktu siang. Tu belum lagi tengok mata sis, dah macam mata panda dah.. ahakkk. Jadi, tu yang sis dapatkan GKB Z-Well untuk meningkat kualiti tidur.
✔ Penerangan Produk
GKB Z-Well suplemen tambahan digunakan secara tradisional untuk melegakan pening, berpeluh, sukar tidur dan melegakan mata yang letih. Ia menyediakan formula 4-dalam-1 sinergistik untuk membantu orang yang mengalami masalah tidur. Dengan teknologi kultur cecair yang dipatenkan, Taiwan Grape King Bio (GKB) mampu menghasilkan suplemen miselium yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
✔ Status KKM Malaysia Dan Pensijilan Halal
Sebelum mengambil sesuatu produk, perkara pertama yang kita mesti periksa dulu adalah status produk tersebut kan. Untuk GKB Z-Well ni, ia mempunyai status Halal dari Jakim dan juga mendapat mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no pendaftaran MAL11115036T. Jadi tu sebab sis yakin untuk mengamalkan produk GKB Z-Well ni tau.
✔ Kandungan Bahan
Untuk kandungan bahan pula, setiap 400mg vegecap GKB Z-Well mengandungi :
• Fungi Armillariella Mellea 300mg
• Fructus Lycium Barbarum (Wolfberry) Extract 50mg
• Fructus Schisandrae Chinensis Extract 30mg
• Fructus Ziziphus Jujube Extract 20mg
✔ Kebaikan
Dari segi kebaikan GKB Z-Well pula ia dapat memudahkan seseorang untuk tidur, meningkatkan kualiti tidur, menenangkan mata yang letih, dan juga memberikan rasa tenang yang tenang. Jadi GKB Z-Well ni memang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah insomnia, sibuk bekerja dan juga kurang waktu rehat.
✔ Cara Pengambilan
GKB Z-Well dirumus dalam bentuk kapsul dan dalam satu kotak mengandungi 60 kapsul. Amalkan pengambilan 2 kapsul selepas makan sebelum tidur.
Note :
- Sila dapatkan nasihat dari ahli farmasi/doktor sekiranya simptom berlarutan/bertambah buruk.
- Kehamilan dan penyusuan : kekurangan data yang mencukupi
✔ Testimoni : Selepas pengambilan GKB Z-Well
Selepas seminggu pengambilan GKB Z-Well, sis rasa lebih mudah untuk tidur. Kalau dulu selalu terkebil-kebil je mata sehingga 2-3 pagi tapi sekarang letak je kepala kat bantal, tak lama tu dah tertidur. Bangun pagi pun rasa bersemangat je. Itu yang sis suka tu.. hehe
Produk GKB Tiger Milk Mushroom
Ha, korang tau tak macam mana sis boleh tergerak untuk dapatkan GKB Tiger Milk Mushroom ni? Sebenarnya sebelum ni sis ada google mengenai kebaikan Tiger Milk Mushroom atau pun Cendawan Susu Harimau ni. Kalau korang nak tahu, cendawan susu harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerotis atau Lignosus rhinocerus ni adalah cendawan dari keluarga Polyporaceae yang merupakan cendawan yang sukar ditemui dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Khasiat cendawan susu harimau ni pula telah lama dimanfaatkan dalam perubatan tradisional masyarakat orang asli di Malaysia. Masyarakat orang asli suku Semai, Temuan dan Jakun menggunakan cendawan susu harimau untuk merawat asma, batuk, keracunan makanan, sakit sendi, bengkak payudara, penyakit hati, bengkak bahagian badan dan sebagai tonik. Cendawan susu harimau juga turut digunakan oleh wanita berpantang selepas bersalin dan untuk menahan rasa lapar.
Jadi bila sis dapat tahu mengenai GKB Tiger Milk Mushroom ni terus sis dapatkan sebagai persediaan di rumah. Bukan apa, lepas dari zaman Covid ni sis selalu batuk-batuk. Lepas tu kahak pun lebih banyak. Tak tahu la sebab faktor pemakanan ataupun cuaca. Jadi bagi meningkatkan imuniti badan, sis amalkan pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom.
✔ Penerangan Produk
GKB Tiger Milk Mushroom merupakan suplemen tambahan yang dirumus secara tradisional digunakan untuk mengurangkan batuk, selsema dan sinusitis. Ia juga membantu mengurangkan gejala alahan pernafasan dan juga meningkatkan imuniti badan.
✔ Status KKM Malaysia Dan Pensijilan Halal
Sama seperti GKB Z-Well, GKB Tiger Milk Mushroom juga mempunyai status Halal dari Jakim dan juga mendapat mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no pendaftaran MAL17117005T. So, korang pun tak perlu risau jika ingin mengamalkan pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom ni sebab bagi sis memang bagus.
✔ Kandungan Bahan
Untuk kandungan bahan, setiap 500mg vegecap GKB Tiger Milk Mushroom mengandungi :
Lignosus Rhinocerus Mycelium extract - 490mg
✔ Kebaikan
Dari segi kebaikan GKB Tiger Milk Mushroom pula ia bagus untuk meningkatkan fungsi paru-paru, bertindak sebagai penyelesaian mujarab terhadap asma, tekanan oksidatif, virus, dan keadaan saluran pernafasan radang yang lain. Selain itu ia juga dapat membantu mengurangkan masalah resdung, batuk bermasalah, dan menggalakkan kekuatan pernafasan yang lebih baik. Jadi GKB Z-Well ni memang sesuai untuk mereka yang Batuk Kronik, Resdung, Pesakit Asma, Jangkitan pernafasan virus,Bronkitis kronik dan juga perokok.
✔ Cara Pengambilan
GKB Tiger Milk Mushroom dirumus dalam bentuk kapsul dan dalam satu kotak mengandungi 60 kapsul. Amalkan pengambilan 1 kapsul sekali sehari selepas makan.
Note :
- Sila merujuk kepada ahli farmasi/doktor jika simptom berlarutan/bertambah buruk.
- Kehamilan dan penyusuan : kekurangan data yang mencukupi
✔ Testimoni : Selepas pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom
Untuk pengetahuan korang, sis dah amalkan pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom selama seminggu. Buat masa ni kesan yang ketara sis dapat rasakan adalah bila bangun pagi, sis kurang bersin selepas mandi pagi. Kahak juga berkurangan tau. Hopefully GKB Tiger Milk Mushroom dapat membantu tahap kesihatan sis.. aminn
Kesimpulan Mengenai Produk GKB
Setakat ni sis memang berpuas hati dengan produk GKB. Thank you GKB kerana menghasilkan suplemen tambahan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan sis. Ok, kat bawah ni sis share video sis bersama GKB
Jika korang pun ada masalah seperti sis, meh la amalkan produk GKB juga. Boleh dapatkan di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia (boleh rujuk di bawah) :
Whole Malaysia: Alpro Pharmacy, Watsons, Health Lane
Central: M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: HTM Pharmacy
East Coast: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy
Website: https://www.mygkb.com/
Facebook : www.facebook.com/mygkb
Instagram : www.instagram.com/mygkb
TikTok : www.tiktok.com/@gkbmalaysia
小红书 ID : 1318211221 (GKB 集康宝)
YouTube : www.youtube.com/@mygkb01
0 Comments