Review Dan Sinopsis Filem Baik Punya Ah-Long

Review Dan Sinopsis Filem Baik Punya Ah-Long | Assalamualaikum semua.. Wahh, dah lama rasanya tak tengok filem gandingan Johan dan Zizan (Jozan). Korang pepaham la kan kalau 2 pelakon ni bergabung mesti ramai yang nak tengok kan. So, bila filem Baik Punya Ah-Long dah dikeluarkan di pawagam dan sis dapat jemputan ke Malam Gala Premiere harus la excited kan. Nak tahu best ke tak filem ni?? Nah sis kongsikan review dan sinopsis untuk Filem Baik Punya Ah-Long. 

Kredit : Terima kasih Zhafvlog for the tickets


Info Filem Baik Punya Ah-Long


Tajuk Filem : Baik Punya Ah-Long
Durasi : 2 hr 2 mins
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre :  Komedi, Muzikal Komedi
Penulis Skrip : Afdlin Shauki, Haris M. Nor, Shafiq Azraei Shah, Pacai, Sid Murshid
Pengarah : Afdlin Shauki
Penerbit : Astro Shaw, Petra Vision Works, Golden Screen Cinemas


Barisan Pelakon Filem Baik Punya Ah-Long


> Johan Raja Lawak sebagai Aley
> Zizan Razak sebagai Aloy
> Liyana Jasmay sebagai Cik Pa
> Afdlin Shauki sebagai Lan Panda
> Adlin Aman Ramlie sebagai Karim Kangaroo
> Chew Kin Wah sebagai Ah Long
> Mia Sara Shauki sebagai Mia
> Adibah Noor
> Sangeeta Krishnasamy
> Aziz M. Osman 
> Carmen Soo
> Jino Achankunju Samuel
> Henzi Andalas
> Riezman Khuzaimi
> Ako Mustapha
> Anas Ridzuan
> Achey Bocey
> Sazali Samad
> Sid Murshid
> Musly Ramlee
> Jay Nazif
> Syed Nabil
> Filzah Azmi
> Shashic Iewan



Sinopsis Filem Baik Punya Ah-Long


Menurut kata Afdlin Shauki, beliau menghasilkan flem ini kira-kira tiga hingga empat tahun dahulu dengan semangat untuk menghiburkan orang. Masa tu kan PKP jadi aksi dalam filem ini ada scene yang memakai face mask. Selain itu beliau turut memberitahu bahawa filem ini mempunyai jalan cerita yang santai untuk buat orang terhibur. Berikut adalah sinopsis bagi filem Baik Punya Ah-Long :

Dua beradik yang selalu bergaduh memulakan perniagaan pinjaman wang, menghadapi tentangan hebat daripada pesaing Ah Long. Mereka mesti menyelamatkan seorang tukang jahit daripada musuh yang kejam sambil cuba berjaya dalam perniagaan untuk menghormati mandat bapa angkat mereka.



Ulasan Filem Baik Punya Ah-Long


Memandangkan sis dah tengok filem ni, meh sis nak kongsikan sikit ulasan sis pasal filem Baik Punya Ah-Long ni. Seperti yang kita tahu, kalau Johan dan Zizan bergabung mesti pecah panggung dengan gelak ketawa kan. Ada je adegan lucu yang ditonjolkan dalam filem ni. 

Selain adegan lucu, filem ini juga menghidangkan beberapa lagu beserta dengan lirik dan membolehkan penonton sama-sama menyanyi. Ada juga adegan tarian ala-ala hindustan juga. Jadi bagi sis filem ni memang santai-santai je untuk tontonan sekeluarga.

Rating :
🌟🌟🌟
3 / 5
BINTANG



Post a Comment

0 Comments