Scents of Malaysia 2024 Mengumpulkan Penggiat Industri Wangian Tempatan | Assalamualaikum semua.. Industri wangian tempatan sekarang semakin berkembang. Sis tengok dah banyak dah jenama-jenama wangian tempatan berada di pasaran dan bau-bauan yang dihasilkan juga berkualiti setanding wangian keluaran antarabangsa. Jadi bagi memberi ruang lebih besar dalam pasaran, satu event akan diadakan bagi menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka di bawah satu bumbung dan event ni diberi nama Scents of Malaysia 2024.
Baru-baru ni sis dijemput untuk hadir ke Scents of Malaysia 2024 (SOM2024) yang telah berlangsung dengan penuh gemilang di Tanjung Lounge, Riverside Cafe, World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL). Majlis ini turut dihadiri oleh penggiat industri wangian, jenama-jenama mewah tempatan, rakan-rakan media dan blogger serta peminat-peminat wangian dari seluruh negara ini menandakan permulaan kepada sebuah acara yang bakal menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan di Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, event Scents of Malaysia 2024 (SOM2024) ini adalah anjuran LTEO Solutions yang merupakan sebuah syarikat peneraju dalam penganjuran acara dan penyelesaian perniagaan berasaskan inovasi di Malaysia. Dengan pengalaman yang luas dalam mengendalikan pelbagai acara berprestij, LTEO Solutions komited untuk menyediakan platform yang menghubungkan jenama-jenama tempatan dengan pasaran global. Mereka bangga menjadi pemacu kepada pertumbuhan industri tempatan melalui acara-acara yang direka khusus untuk memperkasa dan mempromosikan produk dan perkhidmatan Malaysia. Visi mereka adalah untuk terus menjadi rakan strategik pilihan dalam memajukan industri tempatan melalui pendekatan yang inovatif dan berkualiti tinggi.
Scents of Malaysia 2024 (SOM2024)
Berbalik kepada event Scents of Malaysia 2024, acara ini dijangka menjadi sebuah acara yang tiada tandingan, bukan sahaja menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka di bawah satu bumbung, malah menawarkan semua produk yang menghasilkan bauan yang harum dan memikat. Acara ini menampilkan pelbagai jenis produk, termasuk penyegar udara rumah, semburan hijab, lilin beraroma, minyak aromaterapi, dan banyak lagi. Sama ada haruman lilin yang menenangkan, aroma menyegarkan daripada semburan hijab, atau esen menenangkan daripada minyak aromaterapi, acara yang julung kali diadakan ini adalah platform terbaik untuk meneroka dan menikmati keseluruhan spektrum bau-bauan yang ditawarkan di Malaysia dalam pengalaman yang mengasyikkan dan penuh elegan.
Majlis pelancaran ini turut memperkenalkan barisan peserta yang bakal terlibat dalam SOM2024. Satu majlis penyerahan plak penghargaan telah diadakan untuk mengiktiraf sumbangan para peserta dalam memajukan industri wangian tempatan. Dalam ucapan mereka, Pengarah LTEO Solution, penganjur acara ini, menzahirkan harapan dan keyakinan terhadap masa depan industri wangian tempatan. Eddy Farah Mokhtar, Pengarah LTEO Solution berkata, "SOM2024 adalah platform untuk memperkenalkan jenama-jenama tempatan kepada dunia dan membuktikan bahawa produk Malaysia setanding dengan jenama antarabangsa. Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini untuk memperkasakan industri wangian tempatan."
Mohd Fairus Mokhtar, juga Pengarah LTEO Solution, menambah, "Dengan sokongan Tourism Malaysia dan WTCKL, kami yakin bahawa SOM2024 bukan sahaja akan mempromosikan jenama tempatan, tetapi juga akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri perfumeri di Malaysia. Kami mengalu-alukan semua pihak untuk turut serta dalam acara yang berprestij ini."
Acara pelancaran ini menandakan permulaan kepada perjalanan yang lebih besar untuk SOM2024, yang bakal berlangsung pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Legar Putra, WTCKL. Dengan sokongan daripada pelbagai pihak, SOM2024 diharapkan dapat menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan untuk berkembang dan dikenali di persada antarabangsa.
Scents of Malaysia 2024 SOM2024
Berikut Sis kongsikan Fakta Menarik mengenai Scents of Malaysia 2024 SOM2024 :
● Menghimpunkan semua jenama wangian tempatan di satu tempat.
● Mengumpulkan semua pencinta wangian di Malaysia.
● Mewujudkan hab jenama wangian tempatan di Malaysia.
● Menjadi tempat untuk jenama wangian tempatan memperkenal dan menjual
produk mereka.
● Lokasi pelancaran produk baharu oleh jenama wangian tempatan.
● Membantu Tourism Malaysia mempromosikan tagline "Malaysia Truly Asia."
● Membantu Tourism Malaysia mempromosikan pasaran, jenama dan produk
tempatan.
● Tourism Malaysia membantu mempromosikan industri perfumeri Malaysia
● Mempromosikan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sebagai hab
produk tempatan.
Ketahui maklumat lanjut dan perkembangan mengenai Scents of Malaysia 2024 dengan mengikuti akaun media sosial rasmi @ScentsOfMalaysia2024 di Facebook, Instagram dan Tiktok. Untuk pertanyaan media, temu bual, atau akreditasi, sila hubungi Didie A Samueil di 0197000170 atau didzsquadstudios@gmail.com
0 Comments