Vaksin Kayap GSK Kini Tersedia Di Malaysia | Assalamualaikum semua... Pernah dengar penyakit Shingles?? Rasanya mesti ramai yang tak pernah dengar kan. Tapi kalau sebut je kayap, uishhh pastinya ramai yang akan minta untuk jauhkan diri dari penyakit ni. Di kalangan keluarga sis sendiri pun ada yang pernah mengalaminya dan semua kata sakit tau. Jadi adalah lebih baik untuk mencegah dari terkena penyakit ini daripada terkena tau.
Info Mengenai Kayap
Sebelum sis berkongsi dengan semua mengenai cara pencegahan penyakit kayap, ayuh kita ambil tahu dulu mengenai penyakit ini. Kayap disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV), iaitu virus sama yang menyebabkan cacar air. Orang dewasa berumur 50 tahun ke atas mungkin mempunyai VZV tidak aktif dalam sistem saraf mereka, yang mungkin diaktifkan semula seiring dengan peningkatan usia. Apabila usia meningkat, sel-sel dalam sistem imun kehilangan keupayaan untuk memberikan tindak balas yang kuat dan berkesan terhadap jangkitan, sekali gus meningkatkan risiko menghidap kayap.
Kayap lazimnya muncul sebagai ruam, dengan lepuhan yang menyakitkan di dada, perut atau muka.ix Kesakitan sering digambarkan sebagai sakit yang menyengat, terbakar, menikam atau seperti kejutan elektrik. Selepas ruam, seseorang juga boleh mengalami neuralgia pasca-herpetic (PHN), kesakitan yang berlarutan sekurang-kurangnya tiga bulan hingga beberapa tahun. PHN ialah komplikasi kayap yang paling lazim, yang berlaku sehingga 5-25 peratus daripada semua kes kayap bergantung pada umur mereka.
Info Mengenai GSK
GSK ialah syarikat biopharma global dengan cita-cita dan tujuan untuk menyatukan sains, teknologi dan bakat untuk bekerjasama dalam usaha mengatasi penyakit. Kami menetapkan sasaran untuk memberikan impak yang positif kepada kesihatan 2.5 bilion penduduk dalam tempoh 10 tahun akan datang. Cita-cita kami yang tinggi untuk pesakit dicerminkan dalam komitmen baharu terhadap pertumbuhan dan peningkatan yang ketara dalam prestasi. Kami telah beroperasi di Malaysia selama lebih 65 tahun, sejak memulakan operasi pertama kami pada bulan Oktober 1958. Dalam tempoh enam dekad yang lalu, GSK Malaysia telah berkembang dengan ketara baik dalam infrastruktur, operasi perniagaan mahupun asas bakat. Kini beroperasi dengan lebih 400 pekerja yang ditempatkan di dua entiti perniagaan iaitu Farmaseutikal & Vaksin dan Pusat Perkhidmatan Perniagaan.
Pengumuman Mengenai Vaksin Kayap
Baru-baru ini sis menghadiri satu majlis di mana GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) telah mengumumkan pelancaran vaksin Herpes Zoster, Shingrix (MAL24056002ARZ) yang juga dikenali sebagai Vaksin Zoster Rekombinan, Adjuvanted (RZV) di Malaysia untuk pencegahan kayap (herpes zoster, HZ) dan neuralgia pasca-herpetik (PHN) bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas. RZV ialah vaksin adjuvanted subunit rekombinan bukan hidup yang diberikan secara intramuskular dalam dua dos.
Info Mengenai Shingrix
Shingrix [Vaksin Herpes Zoster (rekombinan, adjuvanted AS01)] ialah vaksin subunit rekombinan bukan hidup yang ditunjukkan untuk pencegahan kayap (herpes zoster) dan, di beberapa pasaran, untuk neuralgia pasca-herpetik (PHN), bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas.
Vaksin Zoster Rekombinan, Adjuvanted (RZV) ialah vaksin yang direka khusus untuk mencegah kayap bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas dan 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi di negara-negara di mana penunjuk untuk populasi ini telah diluluskan. RZV juga diluluskan untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi terhadap HZ. Individu yang mengalami imunokompromi lebih berisiko untuk menghidap kayap dan komplikasi yang berkaitan, dan RZV ialah vaksin kayap yang diluluskan untuk populasi pesakit yang berisiko ini.
Kelulusan RZV mengikuti program ujian klinikal Fasa III komprehensif yang menilai keberkesanan, keselamatan dan imunogenisiti dalam lebih 30,000 orang. Kesan sampingan tempatan yang paling lazim dilaporkan dalam ujian klinikal ialah kesakitan, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan. Majoritinya adalah ringan hingga sederhana dalam intensiti dan bersifat sementara, lazimnya berlangsung kurang daripada tiga hari.
Indikasi RZV juga termasuk pencegahan HZ pada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang sedang atau akan menghadapi peningkatan risiko herpes zoster akibat kekurangan imun atau imunosupresi yang disebabkan oleh penyakit atau terapi yang diketahui.
RZV, diberikan secara intramuskular dalam dua dos, direka khusus untuk meningkatkan tindak balas imun bagi sistem imun yang menurun atau terkompromi.
Dalam analisis tinjauan berhubung dengan kajian keberkesanan penting, ZOE-50, RZV menunjukkan keberkesanan vaksin sehingga 97%i dalam kalangan orang dewasa berumur 50 tahun dan ke atas, sepanjang tempoh susulan kira-kira tiga tahun.i Data interim terkini menunjukkan keberkesanan vaksin keseluruhan RZV lebih 80% sepanjang tempoh susulan utama kira-kira enam hingga 10 tahun selepas vaksinasi awal bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas.
“Kayap ialah penyakit yang boleh menyebabkan kesakitan yang melampau dan
penyakit ini disebabkan oleh pengaktifan semula virus varicella zoster. RZV telah
direka khusus untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap virus bagi
mereka yang berumur 50 tahun ke atas atau bagi mereka yang mengalami
keadaan imunokompromi."
"Kami berasa gembira bahawa rakyat di Malaysia kini akan mempunyai
akses kepada vaksin RZV untuk membantu mengurangkan beban
penyakit yang menyakitkan ini."
~ Dr Alap Gandhi, Pengarah Perubatan Negara GlaxoSmithKline
Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia ~
RZV ialah vaksin kayap diluluskan yang menggabungkan antigen bukan hidup dengan adjuvan GSK dan mungkin membantu mengatasi penurunan imuniti semula jadi yang berkaitan dengan usia yang menyumbang kepada cabaran untuk melindungi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas daripada penyakit ini
RZV telah menghasilkan cadangan vaksinasi yang positif. Di Malaysia, RZV disyorkan oleh Garis Panduan Imunisasi Dewasa oleh Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia untuk individu berumur 50 tahun ke atas dan untuk pesakit yang mengalami imunokompromi berumur 18 tahun ke atas.
Maklumat Keselamatan Penting
Yang berikut ditulis berdasarkan Maklumat Preskripsi Malaysia untuk Vaksin Zoster Rekombinan (RZV). Sila rujuk Maklumat Preskripsi penuh untuk semua maklumat keselamatan berlabel.
- RZV dikontraindikasikan pada sesiapa yang hipersensitif kepada bahan aktif atau kepada mana-mana eksipien RZV.
- Seperti semua vaksin yang boleh disuntik, rawatan dan penyeliaan perubatan yang sesuai hendaklah sentiasa tersedia sekiranya berlaku kejadian anafilaksis selepas pemberian vaksin.
- RZV harus diberikan dengan berhati-hati kepada individu yang mengalami trombositopenia atau sebarang gangguan pembekuan (coagulation disorder) kerana pendarahan mungkin berlaku selepas pemberian intramuskular kepada subjek ini.
- Dalam kajian pemerhatian pasca pemasaran, peningkatan risiko sindrom Guillain-Barré diperhatikan dalam tempoh 42 hari selepas vaksinasi dengan RZV.
- Syncope (pengsan) boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin, termasuk RZV. Prosedur harus disediakan untuk mengelakkan kecederaan akibat jatuh.
- Bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas, reaksi buruk yang paling kerap dilaporkan ialah kesakitan di tempat suntikan, mialgia, keletihan dan sakit kepala. Kebanyakan tindak balas ini tidak berpanjangan.
- Bagi orang dewasa ≥ 18 tahun yang mengalami imunodefisiensi atau imunosupresi akibat penyakit atau terapi, profil keselamatan adalah konsisten dengan yang diperhatikan pada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas.
- Tiada data keselamatan, imunogenisiti atau keberkesanan untuk menyokong penggantian dos RZV dengan dos vaksin HZ yang lain. Terdapat data terhad untuk menyokong penggunaan RZV pada individu yang mempunyai sejarah HZ. Oleh itu, profesional penjagaan kesihatan perlu mempertimbangkan manfaat dan risiko vaksinasi HZ secara individu.
- Tiada data daripada penggunaan RZV pada wanita hamil. Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan RZV semasa kehamilan.
- Kesan ke atas bayi yang diberi susu ibu pemberian Shingrix kepada ibu mereka belum dikaji. Tidak diketahui sama ada RZV diekskresikan dalam susu manusia.
- Seperti mana-mana vaksin, tindak balas imun pelindung mungkin tidak dapat dicapai dalam semua penerima vaksin.
Guyss, tahu tak masa sis menghadiri majlis pelancaran tu, Dr Alap Gandhi turut berkongsi bahawa penyakit kayap ni lebih sakit dari beranak. Uishh, tak dapat bayangkan kesakitan dan kepedihan bila terkena kayap. Jadi adalah penting untuk kita sama-sama mencegah penyakit kayap ini dengan mengambil vaksin. Dengan pelancaran RZV di Malaysia, GSK juga berharap dapat terus memainkan peranan dalam usaha mempertingkatan kesihatan awam di Malaysia.
0 Comments