Nikmati Keenakan Lovns Coffee Dengan Keunikan Signature Cup

Nikmati Keenakan Lovns Coffee Dengan Keunikan Signature Cup | Assalamualaikum semua.. Siapa sini peminat kopi. Ha, sis pasti ramai di antara pembaca blog sis ni penggemar kopi kan. Macam sis sendiri pun pasti akan memulakan hari dengan secawan kopi. Baru la rasa segar untuk membuat kerja. Seperti mana yang kita tahu, di Malaysia ada pelbagai jenama kopi yang boleh dinikmati. Aha, untuk entri kali ni sis nak berkongsi dengan korang satu lagi jenama kopi yang sedap untuk dinikmati dengan cara yang unik. kenapa unik?? sila baca sampai habis.



Info Mengenai Lovns Coffee

Bagi korang yang gemarkan kopi, ada satu lagi outlet yang boleh korang masukkan dalam list untuk menikmati minuman kopi iaitu di Lovns Coffee. Untuk pengetahuan korang, Lovns Coffee ni baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai 2024 dan outlet pertama mereka adalah di 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Selangor. Yes, walaupun masih baru tapi sis pasti ia dapat menandingi jenama-jenama kopi yang telah lama di pasaran.


Dengan tagline 'Make Every Cup Meaningful', pengasas Lovns Coffee mencipta satu jenama kopi dengan citarasa hebat yang menggabungkan kualiti premium bersama sokongan amal. Setiap cawan Kopi LOVNS adalah satu langkah ke arah membuat perubahan kepada dunia. Ha, hebat kan. Serius pertama kali merasai kopi Lovns ni dah membuatkan sis jatuh cinta tau dengan rasa dia yang cukup padu.



Keenakan Minuman Lovns Coffee


Bagi memberikan secawan kopi yang enak dan sempurna, Lovns Coffee bekerjasama dengan seorang Juara International Barista bagi menghasilkan resipi kopi yang menjadi Signature di Lovns Coffee. Setiap butiran dan ramuan yang digunakan diteliti dengan baik terutama dari segi pemilihan jenis kopi. 


Ya, pemilihan kopi sangat dititikberatkan bagi menjamin rasa yang sempurna. Di Lovns Coffee, jenis kopi yang digunakan adalah diimport dan terdiri dari 2 jenis iaitu : 

1) Signature Dark Roast - Thailand Mix Brazil Espresso Blend
Campuran bermusim yang menggabungkan : Maesuai Washed Proccessed Beans dari Thailand, dan Cerrado Natural Processed beans dari Brazil. Dipanggang dengan cara tradisi Italian, ia memberikan tekstur espresso yang mantap dan seimbang dengan keasidan yang lebih rendah, terasa halus tapi penuh nikmat apabila diminum dengan rasa bittersweet roasted caramel stone fruit dan dark cocoa.

2) Medium Roast - Thailand Duo-Coffee Blend
Campuran ini menggabungkan dua jenis kacang dengan pemprosesan semula jadi dari Thailand, untuk mencipta dan mengimbangi rasa espresso. Rasai kenikmatan dari biji kopi yang dimasak, coklat cair, keasidan rendah dan rasa yang ringan. Ia adalah asas yang sempurna untuk seimbang dan lembut bagi minuman dengan rasa manis. 


Untuk rasa kemanisan yang istimewa, ada satu bahan yang digunakan dalam resipi kopi Lovns Coffee iaitu Lovns Milk. Ha, ini lah susu yang digunakan untuk memberi rasa manis yang membuatkan rasa kop di Lovns Coffee lebih enak dan padu. Tetapi bagi mereka yang tidak boleh mengambil minuman manis boleh je minta untuk menggantikan dengan Susu Segar atau pilihan susu lain yang tersedia untuk mereka yang tidak boleh mengambil manis.



Keunikan Signature Cup


Biasanya kalau kita minum kopi, ais dalam cawan akan semakin cair dan menyebab air kopi kita semakin tawar kan. Ini akan membuatkan kenikmatan kopi semakin kurang. Tetapi di Lovns Coffee ada sesuatu yang menarik di mana kita dapat menikmati keenakan kopi hingga ke titisan terakhir. Ye, Lovns Coffee menawarkan keunikan buat pelanggannya iaitu Signature Cup yang boleh didapati hanya di Lovns Coffee sahaja. 


Pada awalnya Lovns Coffee menawarkan minuman tanpa ais dengan menggunakan plastik ais palsu tetapi setelah diuji ianya tidak dapat diterima dengan baik oleh pelanggan dan juga Lovns Coffee sendiri. Setelah itu pihak Lovns Coffee mengubah suai reka bentuk cawan dengan menghasilkan Ice-Insulated Coffee Cup di mana cawan tersebut dihasilkan dari bahan kitar semula yang mempunyai 2 lapisan dan dikelilingi dengan air yang akan menjadi ais bila dibekukan. 



Jadi bila kopi dicurahkan ke dalam cawan, kopi akan menjadi sejuk tanpa perlu dimasukkan ais ketul. Idea yang inovatif ini menjadikan Signature Cup by Lovns Coffee adalah World’s First Patented Ice-Insulated Coffee Cup. Ha, unik kan.


Variasi Pilihan Minuman Lovns Coffee


Ok guys, sis dah kongsikan mengenai keenakan dan keunikan Lovns Coffee. So, sekarang of course la sis nak kongsikan pula variasi pilihan minuman yang ada di Lovns Coffee. Ini akan memudahkan korang untuk memesan minuman nanti.

Signature Coffee
☕ Aircano 
☕ Dream Latte
☕ Wonderful Latte
☕ Passion Latte


Bagi pelanggan yang tidak mahu minum kopi, ada juga pilihan minuman untuk Non-Coffee iaitu :
☕ Successful Chocolate
☕ Hot Mocha



Tips Untuk Menikmati Minuman Lovns Coffee

Guysss.. Biasanya kalau minum kopi ni just kacau dan minum kan tapi di Lovns Coffee ni special sket. Ada cara tersendiri untuk menikmati kopi kat sini tau. Ok, meh sis nak kongsikan dengan korang tips untuk menikmati minuman Lovns Coffee ni :


Step 1 : No Straw 
Untuk menghargai minuman anda sepenuhnya, kami mengesyorkan menunggu 30 saat selepas ia dihidangkan

Step 2 : No Stir
Benarkan minuman anda mengendap dan mengembangkan rasa dan rasa penuhnya

Step 3 : Just Sip
Direka oleh pasukan barista juara kami, bersedia untuk menikmati setiap saat dengan setiap tegukan yang menyeronokkan


Ha, unik kan. Actually tips ni ada dikongsikan di belakang bookmark yang boleh didapati di outlet Lovns Coffee. Untuk pengetahuan korang, di Lovns Coffee juga ada menitikberatkan bantuan amal di mana setiap hasil keuntungan akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.


So guys, buat penggemar kopi sekalian ayuh ke Lovns Coffee untuk merasai sendiri keenakan Lovns Coffee dengan keunikan Signature Cup. Bukan tu je, korang boleh menikmati pelbagai jenis pastries dan juga kek yang boleh digandingkan bersama kopi kegemaran. Ha, datang tau.. ajak kawan-kawan dan keluarga sekali ke :

Alamat :
Lovns Coffee
Lot G316A, 
1 Utama Shopping Centre (New Wing), 
Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, Selangor

Untuk info lanjut sila layari sosial media :

 



Post a Comment

0 Comments