Abbott Melancarkan Kempen Glucerna® #StartsWithYou Dan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP)

Abbott Melancarkan Kempen Glucerna® #StartsWithYou Dan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP) | Assalamualaikum semua... Selama ni sis seorang yang sibuk dan jarang memikirkan kesihatan diri sendiri. Bila stress je sis akan makan apa yang sis suka. Lama kelamaan berat badan sis semakin naik sehingga sampai satu tahap sis jadi risau mengenai masalah diabetes. Tambahan pula baru-baru ini sis menghadiri satu majlis yang membuka mata sis mengenai masalah diabetes membuatkan sis berazam untuk mengubah gaya hidup sis.



Apa itu penyakit diabetes?


Rasanya semua orang tahu kan mengenai penyakit Diabetes ni. Tapi untuk lebih detail, penyakit kencing manis atau diabetes merupakan satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah. Ia berlaku kerana sama ada tubuh kita tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.



Kesedaran Mengenai Penyakit Diabetes


Untuk pengetahuan korang, baru-baru ni Abbott mengadakan satu majlis bertempat di Botanica+, Bamboo Hills bagi memberi kesedaran mengenai penyakit diabetes. Dalam majlis ini, baru sis tahu bahawa menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), dianggarkan seramai 3.6 juta rakyat Malaysia atau bersamaan 15.6% daripada populasi dewasa menghidap diabetes. fuhh.. ramai tu. Angka ini tidak termasuk mereka yang berkemungkinan menghidap diabetes tanpa sedar tau. Uishh, risaunya kalau sis salah seorang yang tanpa sedar tu.. 


Diabetes yang tidak dikawal boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan secara menyeluruh serta menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan saraf atau buah pinggang. Justeru, perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membawa kesan besar dalam pengurusan diabetes dan kesihatan secara menyeluruh.


Perkongsian Pakar Mengenai Penyakit Diabetes


Di dalam majlis ini juga, beberapa orang panel jemputan turut berkongsi mengenai masalah Diabetes yang semakin membimbangkan di dalam masyarakat Malaysia. Kesedaran perlu dipupuk bagi membolehkan masyarakat cakna tentang risiko dan juga cara untuk mengawal Diabetes iaitu melalui pengurusan gaya hidup yang lebih sihat.


"Kadar penyakit diabetes yang tinggi di Malaysia menunjukkan betapa pentingnya untuk
memupuk kesedaran individu tentang pengurusan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat,"
~ Dr. Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Pemakanan Abbott Malaysia ~


"Ramai rakyat Malaysia yang menghidap diabetes mempunyai masalah obesiti atau berat
badan berlebihan 1 . Oleh itu, intervensi gaya hidup yang terancang, pengurusan pemakanan
dan sistem sokongan yang kukuh boleh membantu mengawal berat badan dan status
kesihatan mereka,"
~ Dr. Zanariah Hussein, Ketua Unit Endokrin di Hospital Putrajaya ~


Kempen Glucerna® #StartsWithYou


Menyedari mengenai kepentingan untuk pengurusan gaya hidup dan juga bersempena dengan Bulan Kesedaran Diabetes pada bulan November, Abbott telah mengumumkan pelancaran kempen Glucerna® #StartsWithYou, yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengurus diabetes dengan lebih baik dan mengamalkan gaya hidup sihat. 


Kempen ini menampilkan kisah kejayaan rakyat Malaysia yang menyertai program intervensi gaya hidup selama empat minggu anjuran Abbott, termasuk pemakanan seimbang dan senaman fizikal. Program ini diberi nama Glucerna® Lifestyle Change Program (GLCP) ataupun dalam bahasa melayunya adalah Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna®


Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP)


Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP) yang dilancarkan pada 2021, merangkumi panduan tentang pengurusan diabetes, perkongsian maklumat mengenai diet seimbang, formula pemakanan khusus diabetes, senaman serta kepentingan pemantauan glukosa secara berkala. Peserta juga berpeluang mempelajari cara menangani keletihan akibat diabetes termasuk cabaran lain yang boleh mengganggu komitmen mereka dalam mencegah penyakit tersebut. Menerusi program ini, mereka diberi pendidikan mengenai pengurusan diabetes oleh para doktor dan pakar diet yang terlatih. Lebih 200 peserta telah menyertai program ini dan berjaya memperbaiki pengurusan diabetes mereka.


"Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® ini telah membantu ramai penghidap diabetes
menguruskan tahap glukosa mereka melalui perubahan gaya hidup termasuk pemakanan
seimbang dan senaman. Hari ini, kami berbesar hati untuk memaparkan beberapa kisah
kejayaan bagi memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk membina tabiat
kesihatan yang baik"
~ Dr. Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Pemakanan Abbott Malaysia ~

"Pendekatan yang menyeluruh menerusi program GLCP juga membolehkan penghidap
diabetes menguruskan kesihatan mereka dengan lebih baik dan secara tidak langsung
memperbaiki kualiti hidup mereka"
~ Dr. Zanariah Hussein, Ketua Unit Endokrin di Hospital Putrajaya ~


Perkongsian Dari Pesakit Diabetes Mengenai Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna ® (GLCP)


Pada pelancaran kempen ini, Ainaa Munirah Pang, seorang Chef berusia 39 tahun, berkongsi pengalamannya mencapai tahap glukosa yang sihat dengan bantuan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna ® (GLCP). Ainaa menerima diagnosis diabetes jenis 2 pada usia 27 tahun dan menghadapi cabaran untuk mematuhi rejim yang sihat dan konsisten disebabkan pemakanan yang tidak sihat di tempat kerja. Program intervensi gaya hidup selama empat minggu ini membantunya ke arah kesihatan yang lebih baik, dengan sokongan daripada peserta lain yang sehaluan, serta perkongsian matlamat, cabaran dan sumber untuk membantu menguruskan diabetes mereka.


"Penyertaan saya dalam program ini adalah satu perubahan hidup kepada saya. 
Bukan sekadar mengawal paras glukosa, tetapi saya juga menerima sokongan 
dalam komuniti serta mampu membuat perubahan kecil yang memberi impak besar."
~ Ainaa Munirah Pang ~

Dengan memaparkan kisah ini dan mengundang orang ramai untuk berkongsi perjalanan pengurusan diabetes mereka, Abbott berharap dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada penghidap diabetes untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. 


Bagi sis sendiri memang teruja dengan perubahan yang dialami oleh Ainaa Munirah Pang setelah menjalani Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna ® (GLCP). Ini membuatkan sis bersemangat dan bertekad untuk mengubah gaya hidup sis ke arah yang lebih sihat. Kalau Ainaa boleh, kita pun pasti boleh.


Bagaimana Faktor Pemakanan Dapat Membantu Pesakit Diabetes 


Daripada perkongsian panel di atas, perubahan gaya hidup bagi mengawal Diabetes adalah termasuk  senaman dan pemakanan seimbang. Sebut pasal makan, memang tak dinafikan sis sendiri susah untuk kawal makan. Namun bagi mengawal Diabetes penting untuk mengubah cara pemakanan. Tapi ini tidak bererti kita akan kehilangan nikmat makan tau. Sebenarnya kita masih boleh enjoy makan cuma kena berubah dari segi pengurusan makanan tu sahaja.


"Faktor pemakanan adalah sangat penting dalam pengurusan diabetes. 
Penghidap diabetes perlu lebih sedar akan tabiat pemakanan mereka dan
 membuat pilihan yang bijak. Sama ada melalui perancangan makanan,
snek berkhasiat atau memasak di rumah menggunakan ramuan segar, 
mereka perlu mengamalkan pemakanan seimbang yang merangkumi 
sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan protein tanpa lemak."
~ Indra Balaratnam, seorang Pakar Perunding Diet ~



Kebaikan Formulasi Glucerna Untuk Pesakit Diabetes


Formula pemakanan khusus diabetes yang dirumus secara saintifik adalah penting dalam pendekatan untuk Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP). Kajian yang diterbitkan dalam Diabetes Care mendapati bahawa penghidap diabetes yang mengambil Glucerna ® mengekalkan tahap glukosa darah dengan pelepasan glukosa yang stabil dalam julat sasaran sehingga 90% hanya dalam tempoh empat minggu. 2 Formulasi Glucerna® mengandungi karbohidrat indeks glisemik rendah untuk mengurangkan lonjakan glukosa selepas makan dan menyokong kesihatan keseluruhan.


Bagus kan Glucerna ni. So, ayuh la kita amalkan pengambilan Glucerna dalam diet pemakanan seharian serta support Kempen Glucerna® #StartsWithYou. Semoga dengan adanya kempen ini menggalakkan masyarakat Malaysia berkongsi perjalanan pengalaman mereka dalam pengurusan diabetes. Peserta yang menghantar pengalaman mereka kepada Abbott Nutrition Careline (wecare@abbott.com) bakal
menerima Pek Kesihatan Glucerna® .


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Glucerna ® #StartsWithYou, sila layari
https://www.family.abbott/my-en/home.html atau ikuti media sosial Abbott.



Post a Comment

0 Comments