Review Dan Sinopsis Filem Mereka Yang Tertewas

Review Dan Sinopsis Filem Mereka Yang Tertewas | Assalamualaikum semua.. Kembali lagi dalam episod review filem minggu ini. Fuhh.. dah macam ada segmen khas untuk review filem pulak. ehhh.. Actually sis memang suka tengok wayang walaupun cerita melayu. Yela, kalau bukan kita siapa lagi yang nak support industri perfileman kita kan. Ok, kali ini sis nak share berkenaan dengan satu lagi filem tempatan yang boleh korang tonton di pawagam iaitu Filem 'Mereka Yang Tertewas'


Untuk pengetahuan semua, Filem Mereka Yang Tertewas diadaptasi Dari Novel Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka tulisan hasil karya Hasanuddin Md Isa. Novel ini pernah di angkat menjadi teks Kesusasteraan Melayu SPM (1991-2001) dan memenangi hadiah khas Hadiah Sastera Berunsur Islam 1988.

Pengarah filem ini iaitu Dato' Zulkeflie M.Osman turut berkongsi bahawa disebabkan Novel Mereka Yang Tertewas ini popular terutama di kalangan peminat sastera maka menjadi satu cabaran untuk beliau bagi menghasilkan visual berbentuk filem. Persediaan dilakukan lebih 3 bulan. Manakala penggambaran pula mengambil masa 20 hari di sekitar Kuantan, Raub dan Temerloh. Keseluruhan kos untuk filem ni menelan kos sebanyak RM700k


Info Filem Mereka Yang Tertewas


Tajuk Filem : Mereka Yang Tertewas
Durasi : 1 jam 32 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre :  Filem adaptasi novel, Sastera, Keagamaan
Penulis Novel : Hasanuddin Md Isa
Pengarah : Dato' Zulkeflie M.Osman
Produksi : Tujuh Pelangi Maju Sdn Bhd



Barisan Pelakon Filem Mereka Yang Tertewas


> Zaidi Omar 
> Fiza Halim 
> Fad Anuar
> Sherie Merlis 
> Adam Shahz 
> Mubarak Majid
> Dato Hilal Azman 
> Ruzaidi Abd Rahman
> Haji Zaini Hassan



Sinopsis Filem Mereka Yang Tertewas


“Mereka Yang Tertewas” mengetengahkan sebuah cerita yang lebih berlatarbelakangkan penerapan Islam dalam hidup sebuah kelompok masyarakat di Kampung Bukit Setugal. Tapa dari Kampung Padi Setempat beralih arah berhijrah ke tempat lain setelah maruah  diri dan keluarganya dicemuh dan dicaci apabila ingin memperisterikan Mimah. 


Tapa mengembara mencari penghidupan yang baru serta mendalami ilmu agama untuk melupakan masa silamnya. Tapa berhijrah ke Kampung Bukit Setugal dan memperisterikan Jamilah anak murid tok gurunya serta menyebarkan syiar Islam. 


Kesucian hati Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa disalahertikan oleh penduduk kampung tersebut kerana mereka beranggapan Lebai Pa telah menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa di dalam kampung tersebut. Lebai Pa berusaha untuk mengembalikan pegangan agama penduduk Kampung Bukit Setugal yang semakin goyah dengan hiburan dunia sehinggakan kebanyakan anak-anak muda kampung tersebut terjebak dengan perkara maksiat. Usaha Lebai Pa tidak sia-sia apabila mendapat sokongan Uda Puat, Mat Yasin dan Pudin.


Tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada Lebai Pa sebagai usaha untuk menggagalkan hasratnya menyebarkan agama tetapi pegangan hidup Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan agama menyebabkan Lebai Pa lebih bersemangat dan bersabar. Akhirnya Lebai Pa mampu mengubah pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam dan sedar atas kesalahan yang pernah mereka lakukan ke atas Lebai Pa.


Ulasan Filem Mereka Yang Tertewas



Jalan cerita untuk filem ini agak berat dengan pembawakan watak yang serius serta menekankan beberapa perkara berkaitan agama. Namun dengan plot-plot yang pendek dan tidak meleret membuatkan penonton tidak bosan. Selain itu, filem ini memberi banyak pengajaran serta membuatkan penonton meruntun hati melihat perjuangan seorang mengembara yang mengharungi pelbagai rintangan dan tomahan.


Jadi semua peminat filem melayu terutama bagi penggemar novel sastera Mereka Yang Tertewas, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam bermula 7 November 2024


Rating :
🌟🌟🌟
3 / 5
BINTANG




Post a Comment

0 Comments