CONBOO Melancarkan Produk BEAU3 MILK dan CONBOO SCENTS

CONBOO Melancarkan Produk Kecantikan Dan Haruman Premium | Assalamualaikum semua.. Siapa sangka satu jenama yang masih baru tapi sudah mampu menjadi penaja untuk majlis yang berprestij untuk dunia hiburan. Kalau korang tengok Anugerah ABPBH baru-baru ni pasti korang akan tahu jenama CONBOO. Terkini CONBOO telah mengadakan satu majlis yang gilang gemilang untuk pelancaran produk mereka di Royale Chulan Kuala Lumpur


Berpegang kepada tagline “INSPIRASI KEYAKINANMU”, CONBOO merupakan Jenama baharu yang membawa semangat keyakinan melancarkan dua produk utamanya, iaitu BEAU3 MILK dan CONBOO SCENTS, bagi memenuhi keperluan pengguna yang ingin tampil yakin dan menawan. CONBOO juga menjanjikan kualiti terbaik dengan harga mampu milik.



BEAU3 MILK – Rahsia Kulit Cerah Berseri


BEAU3 MILK ialah susu kecantikan pertama keluaran CONBOO yang dirumus khas untuk membantu memutihkan dan mencerahkan kulit secara semula jadi. Mengandungi kombinasi bahan-bahan premium seperti Susu Kambing, Vitamin C, Glutathione, dan Sarang Burung, produk ini memberikan nutrisi yang diperlukan untuk kulit sihat dan berseri.


BEAU3 MILK didatangkan dengan empat perisa lazat iaitu Strawberry, Melon, Banana, dan Chocolate, sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Selain mencerahkan kulit, ia juga membantu mengurangkan jerawat / jeragat serta membantu menganjalkan kulit. Setiap botol dijual pada harga istimewa RM129.00


CONBOO SCENTS – Haruman Elegan untuk Lelaki dan Wanita


Bagi pencinta haruman, CONBOO mempersembahkan CONBOO SCENTS, koleksi minyak wangi premium dengan kepekatan Eau De Parfum. Dengan isipadu 30ml, koleksi ini menawarkan dua pilihan eksklusif untuk lelaki: CELESTE D’OR dan AMBRE ROYALE, serta dua haruman mewah untuk wanita: BELLE OPULENCE dan GOLDEN ECLAT.


Setiap botol dijual pada harga istimewa RM49.90, menjadikannya pilihan terbaik untuk korang yang menginginkan haruman tahan lama dengan sentuhan elegan.


Hannah Delisha – Duta CONBOO


Menambah daya tarikan jenama ini, CONBOO telah memilih selebriti terkenal, Hannah Delisha, sebagai duta rasmi. Dengan keperibadian ceria, suara merdu, dan bakat lakonan yang menyerlah, Hannah melambangkan keyakinan yang menjadi inspirasi utama jenama ini.



Pembelian Mudah di Platform Rasmi


Produk CONBOO boleh didapati melalui media sosial rasmi di Instagram dan TikTok @conbooofficial. Dengan kehadiran digital yang aktif, CONBOO memastikan setiap pelanggan dapat menikmati pengalaman pembelian yang mudah dan pantas.


CONBOO bukan sekadar jenama kecantikan, ia merupakan simbol keyakinan diri. Sertai ribuan pengguna lain dan rasai sendiri kehebatan produk-produk ini. Tampil yakin, berseri, dan harum dengan CONBOO – INSPIRASI KEYAKINANMU!





Post a Comment

0 Comments