Drama Berbahagi Suami Memaparkan Kisah Poligami Rumah Tangga Di Astro Prima

Drama Berbahagi Suami Memaparkan Kisah Poligami Rumah Tangga Di Astro Prima | Assalamualaikum semua... Bila sebut pasal poligami, semua wanita pasti akan menentang kan. Tapi poligami terjadi, dapatkah kaum wanita menerimanya? Ha, untuk bulan Disember ni Astro selaku peneraju hab hiburan terkini di Malaysia sekali lagi membawakan drama dengan genre konflik kekeluargaan, ‘Berbahagi Suami’ buat semua pencinta drama pada Disember ini. 


Meneruskan kejayaan drama jam 6 petang sebelumnya, Astro tampil berani membawa drama ‘Berbahagi Suami’, mengupas isu serta konflik dalam poligami yang sekian lama menjadi polemik di kalangan masyarakat. Selain menyajikan hiburan buat penonton, drama ‘Berbahagi Suami’ juga turut menyelitkan perkongsian ilmu mengenai tanggungjawab lelaki selaku seorang ketua keluarga, hak isteri pada suami, hak ibu dan soal keadilan dalam poligami.


Info Drama Berbahagi Suami


Produksi : Radius One
Pengarah : Uchee Fukada
Info siaran : Bermula 2 Disember 2024, setiap hari Isnin - Jumaat, jam 6 petang
Saluran : Astro Prima (saluran 105)
Episod : 65 episod

Drama 65 episod terbitan Radius One ini merupakan hasil sentuhan pengarah Uchee Fukada yang telah berjaya mengarahkan judul drama seperti ‘Malang Si Puteri’ (2024) dan juga ‘Dendam Seorang Isteri’ (2022). Runut rasmi nyanyian penyanyi terkenal Khai Bahar dan Wany Hasrita bertajuk “Berbagi Hati” turut mengiringi para penonton sepanjang drama ini.



Barisan Pelakon Drama Berbahagi Suami


> Amar Baharin sebagai Dani
> Siti Elizad sebagai Bella
> Sharifah Husna sebagai Aishah
> Dina Allisya sebagai Sofea
> Zharif Ghazzi sebagai Harris
> Ayunie Rizal sebagai Zira
> Amy Mastura sebagai Sabrina



Sinopsis Drama Berbahagi Suami 


‘Berbahagi Suami’ mengisahkan tentang rumah tangga Dhani (Amar Bahrin) dan Bella (Elizad Sharifuddin) yang tergugat setelah Dhani memperkenalkan Aishah (Sharifah Husna) sebagai isteri  keduanya lantas menjerumus keluarga Dhani ke lembah berantakan. Dhani menikahi Aishah untuk menjaga maruah dan membalas budi setelah gadis kampung itu merawatnya selepas Dhani terlibat dalam kemalangan. Namun, posisi sebagai isteri kedua tidaklah mudah bagi Aishah, terutamanya menghadapi keluarga Dhani yang berusaha memisahkan mereka. 

Dalam perjalanan cerita, terungkap bahawa Bella dan Aishah memiliki masa lalu yang terkait dengan sebuah pembunuhan. Bella bersikap ramah demi menjaga perkahwinannya tetapi dendam perlahan tumbuh setelah kegugurannya. Hubungan semakin rumit ketika Aishah dan Bella ternyata mempunyai ayah yang sama, sebuah fakta yang mengejutkan keluarga. Dhani berusaha adil, tetapi cinta terhadap Aishah semakin dalam, menimbulkan konflik baharu. Ibunya, Lydia, dan mentuanya nekad untuk menghukum Aishah, namun terkesima apabila Bella bertegas menyokong tindakan suaminya. Bella kini berhadapan dengan dua hakikat kehidupan; menerima kehadiran Aishah sebagai madunya atau menerima hukuman dari jenayahnya yang disaksikan Aishah tidak lama dahulu.



Ulasan Drama Berbahagi Suami


“Selain daripada terus memberikan drama yang baik, Astro juga terpanggil untuk menerbitkan naskhah yang bukan sahaja sekadar memberi hiburan, namun turun memberi ilmu yang bermanfaat buat semua penonton. ‘Berbahagi Suami’ bukan sekadar membincangkan persoalan poligami dari segi luaran, tetapi juga pelbagai aspek penting seperti faham keadilan, mengimbangi perasaan keluarga, memahami akibat atau natijah poligami serta perilaku seorang suami yang baik. Perlu ditekankan, naskhah ini bukanlah untuk menggalakkan poligami tetapi untuk mengetengahkan aspek-aspek yang wajar diambil kira dan ditimbang tara dalam mengharungi sesebuah perkahwinan.”
Norzeha Salleh, Ketua Saluran Astro Prima ~

Drama ‘Berbahagi Suami’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.






Post a Comment

0 Comments