Parkview Café Menawarkan Pelbagai Menu Dengan Berlatarbelakangkan Pemandangan KLCC | Assalamualaikum semua.. Semua sedia maklum kan bahawa bangunan KLCC merupakan salah satu bangunan tertinggi yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bila dapat menikmati hidangan dengan berlatarbelakangkan KLCC memang sesuatu yang indah. Jadi kalau korang ingin membawa kesayangan ataupun keluarga dan rakan-rakan, boleh la datang ke Parkview Café di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang menawarkan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan
Terletak di Aras 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Parkview Café dilancarkan sebagai ruang makan dan ruang untuk pelbagai acara. Menampilkan pemandangan bangunan pencakar langit iaitu Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan serta kehijauan Taman KLCC seluas 50 ekar pastinya kafe ini menjadi pilihan untuk sebarang keraian serta memberikan suasana yang sempurna untuk setiap majlis.
“Apabila kami memperkenalkan Parkview Café, matlamat kami adalah untuk
mencipta lebih daripada sekadar tempat makan,”
“Sama ada untuk menikmati kopi bersama rakan-rakan atau untuk menganjurkan
acara berlatarbelakangkan pemandangan yang memukau, Parkview Café
ialah ruang yang direka bentuk untuk memberi inspirasi. Ia merupakan
tempat yang sempurna untuk memupuk hubungan antara satu sama lain
dan juga untuk mencipta detik-detik istimewa.”
“Dengan pemandangan yang menakjubkan, perkhidmatan yang luar biasa
dan tawaran serba boleh, Parkview Café meningkatkan reputasi
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai destinasi utama
untuk tujuan perniagaan dan sosial,”
~ John Burke, Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ~
Selain itu, kafe ini juga menawarkan pelbagai menu yang menyelerakan. Menu kafe ini mempamerkan warisan masakan Malaysia yang pelbagai, dengan tumpuan kepada bahan-bahan segar dan sumber tempatan. Mengutamakan amalan kelestarian, Parkview Café menawarkan lebih daripada sekadar hidangan di mana ia meraikan kepelbagaian cita rasa Malaysia sambil menyokong para petani dan pembekal tempatan.
Dengan kapasiti yang boleh memuatkan seramai 120 orang untuk menjamu selera di kafe dan 70 orang untuk penganjuran pelbagai acara, Parkview Café menawarkan persekitaran mesra yang memenuhi setiap keperluan. Sebagai ruang untuk beristirahat, makan tengah hari bersama rakan-rakan atau ruang elegan untuk meraikan sesuatu yang istimewa, kafe ini boleh dijadikan pilihan utama korang. Dengan susun atur ruang yang fleksibel dan perkhidmatan yang luar biasa, ia menjadi tempat yang sempurna untuk acara korporat, sosial ataupun eksklusif.
Kini, Kuala Lumpur semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai hab global untuk inovasi dan hospitaliti, dan Parkview Café bersedia untuk menawarkan hidangan dan ruang penganjuran acara yang menampilkan perkhidmatan luar biasa kepada tetamu tempatan mahupun antarabangsa untuk pengalaman berlatarbelakangkan pusat bandaraya Kuala Lumpur yang terbaik.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau untuk tempahan ruang acara di Parkview Café, boleh layari :
Instagram : https://www.instagram.com/klccconventioncentre/
0 Comments