Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab : Fokus Pengembangan Perniagaan dan Pemerkasaan Ekonomi Tempatan

Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab : Fokus Pengembangan Perniagaan dan Pemerkasaan Ekonomi Tempatan | Assalamualaikum semua.. Tahniah sis ucapkan kepada Choco Albab yang merupakan jenama coklat tempatan atas sambutan ulang tahun yang ke-3. Dengan berpegang teguh pada prinsip 'Sokong, Beli Barangan Tempatan', Choco Albab mempunyai beberapa visi dan misi dalam membantu mempertingkatkan ekonomi rakyat dan juga negara. 



Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab


Sambutan Ulang Tahun Choco Albab yang Ke-3 telah diadakan baru-baru ini di Bangi Avenue Convention Centre dengan bertemakan Beyond the Star bagi meraikan usaha gigih sepanjang 3 tahun dalam membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan, tetapi juga menjadi platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan. 


Dalam masa tiga tahun, Choco Albab telah mencapai kejayaan yang membanggakan iaitu membahagiakan sekitar 100 ribu agen dan melahirkan puluhan Crown Leader. Ia katanya adalah satu pencapaian luar biasa hasil usaha sama seluruh pasukan
 

Visi Dan Misi Choco Albab


Pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi berkata bahawa visi Choco Albab adalah untuk membawa limpahan ekonomi bukan saja kepada syarikat tetapi negara dan masyarakat. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd turut menyatakan misi dan matlamat Choco Albab adalah jelas iaitu ingin mencipta perniagaan yang mampu membahagiakan semua orang. Beliau juga mengubah persepsi bahawa produk coklat premium hanya datang daripada luar negara, sekali gus membuktikan kehebatan produk tempatan.

"Inspirasi saya hanya satu, bulatkan azam dan melangkah terus ke hadapan berbekalkan 
pengalaman dan kepakaran yang saya timba selama 14 tahun dalam dunia perniagaan. 
Saya gunakan setiap ilmu yang saya pelajari dan aplikasikannya di Choco Albab. 
Bukan untuk diri saya sendiri tetapi untuk orang ramai bersama berkongsi 
rezeki dan menjana pendapatan,"
~ Said Saiful Fazli Said Aluwi, Pengasas Choco Albab ~



Konsep Agen Choco Albab


Ketika memulakan perniagaan Choco Albab pada tiga tahun lalu, bukan kekayaan peribadi yang ingin dicari Said Saiful tetapi bagaimana ingin membantu lebih ramai rakyat dapat menjana pendapatan. Selain menghasilkan produk berkualiti, Choco Albab juga memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi komuniti dengan membuka peluang pekerjaan menerusi sistem jualan berasaskan ejen. Sistem ini memberikan platform untuk menjana pendapatan tambahan, terutamanya bagi golongan muda, wanita, dan suri rumah.  


Justeru itu, melalui konsep agen Choco Albab, Said Saiful memberikan komisyen jualan yang tinggi sebanyak 42 peratus, yang tertinggi berbanding sistem agen produk lain di Malaysia. Said Saiful ingin membawa sebanyak mungkin rakyat menjana pendapatan dengan Choco Albab dan memberikan mereka kebahagiaan yang luar biasa.

“Kami sediakan platform untuk semua orang buat pendapatan, terutamanya 
golongan wanita, suri rumah, ibu tunggal dan belia. Ia adalah salah satu cara 
menjana pendapatan selain daripada ekonomi gig. Tidak memerlukan 
modal yang besar, yuran penyertaan yang rendah selain agen tidak perlu 
membeli dan menyimpan produk Choco Albab.

“Saya laksanakan sistem ini untuk membantu orang ramai menjadi usahawan 
dan menjana pendapatan. Pada 2025, saya sasarkan 200,000 usahawan 
bersama dengan Choco Albab, menjadi agen dan meningkatkan Choco Albab 
sebagai jenama produk berasaskan coklat tempatan nombor 1,” 
~ Said Saiful Fazli Said Aluwi, Pengasas Choco Albab ~

Inisiatif Baru Choco Albab Bagi Tahun 2025


Justeru itu katanya, melangkah ke hadapan, syarikat telah merancang untuk melaksanakan beberapa inisiatif baru yang dapat mengukuhkan lagi jenama Choco Albab. Antara langkah utama yang akan dilaksanakan syarikat adalah membuka kemudahan baharu yang mempunyai kapasiti pengeluaran berskala besar dan dilengkapi teknologi terkini. Langkah itu adalah bagi memastikan syarikat bersedia dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Kemudahan pengeluaran baharu ini dirancang akan beroperasi 
pada 2025 dengan barisan pengeluaran yang lebih berskala besar. Ia dijangka 
akan dapat menampung permintaan produk Choco Albab yang kini 
mempunyai sekitar 21 SKU. Selain itu, 2025 juga akan menjadi tahun 
kebangkitan kepada syarikat dengan pelbagai perancangan produk baharu,” 
~ Said Saiful Fazli Said Aluwi, Pengasas Choco Albab ~
 

Said Saiful berkata, kemudahan baharu itu juga dapat menyokong langkah syarikat dalam memasarkan produk Choco Albab ke pasaran luar negara. Beliau berkata, langkah meningkatkan eksport produk Choco Albab dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Dengan strategi ini, Choco Albab yakin dapat membawa nama Malaysia 
ke persada dunia melalui produk coklat berkualiti tinggi. Malah kesedaran 
pengguna yang semakin cenderung menyokong produk Halal telah memberi 
impak positif kepada Choco Albab,” 

“Gelombang boikot terhadap produk import di beberapa negara bukan 
sahaja meningkatkan jualan tetapi juga menonjolkan potensi besar. Choco Albab 
bukan sahaja jenama coklat, tetapi juga simbol kebanggaan tempatan,”  

“Dengan fokus kepada pembangunan komuniti, inovasi produk, dan 
pengembangan pasaran, Choco Albab berhasrat untuk menjadi peneraju 
dalam industri coklat Malaysia dan pesaing utama di peringkat global,”
~ Said Saiful Fazli Said Aluwi, Pengasas Choco Albab ~ 


Pelancaran Produk Baharu Choco Albab Hazelnut Spread


Bersempena dengan sambutan ulang tahun ini, Choco Albab turut melancarkan produk baharu, iaitu Choco Albab Hazelnut Spread yang dijangka menjadi pilihan kegemaran ramai. Dengan kualiti premium dan rasa yang memikat, Choco Albab Hazelnut Spread membawa inovasi baharu dalam pasaran coklat tempatan serta sebagai sebahagian daripada komitmen untuk terus memenuhi permintaan pengguna dan menyumbang kepada ekonomi negara




Pelanggan Bertuah Choco Albab


Dalam majlis ini Choco Albab juga menyerahkan hadiah kepada pelanggan yang bertuah dengan memenangi sebuah kereta bagi Peraduan Beli & Menang Proton X70. Beliau hanya berbelanja RM100 dan berjaya membawa pulang sebuah Proton X70.



Harapan Choco Albab


Sebagai sebahagian daripada visi untuk membantu komuniti, Choco Albab terus membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan melalui program keagenan. Dengan unjuran untuk melahirkan lebih ramai Crown Leader pada tahun 2025, Choco Albab bertekad untuk terus menyemarakkan semangat keusahawanan di Malaysia.  

Dengan kejayaan yang dicapai dan perancangan yang menjanjikan masa depan yang cerah, Choco Albab kini berdiri sebagai jenama yang bukan sahaja memberikan kebahagiaan melalui produk berkualiti, tetapi juga melalui peluang keusahawanan yang mengubah kehidupan.  

“Kami bertekad untuk terus mencipta produk berkualiti, memberi peluang
 kepada komuniti tempatan, dan membawa jenama Choco Albab menjadi 
jenama coklat nombor satu di Malaysia,” 
~ Said Saiful Fazli Said Aluwi, Pengasas Choco Albab ~

Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau 
program keagenan, boleh layari https://chocoalbab.asia/.





Post a Comment

0 Comments