Bufet Ramadan 2025 : Sajian Warisan Bonda Di Park Inn by Radisson Putrajaya | Assalamualaikum semua.. Bagi menyambut Ramadan yang bakal tiba nanti pasti ramai yang dah mula mencari lokasi untuk berbuka puasa kan. Ok, untuk lokasi kali ini sis nak kongsikan Bufet Ramadan yang terletak di tak jauh dari Putrajaya iaitu di Park Inn by Radisson Putrajaya.
Mengenai Park Inn by Radisson Putrajaya
Memandangkan ini pertama kali sis datang ke sini, so sis kongsikan sedikit mengenai lokasi kali ini. Untuk pengetahuan korang, Park Inn by Radisson Putrajaya adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang terletak di sempadan Putrajaya, Kajang dan Bangi, yang menawarkan perkhidmatan dan kemudahan sempurna untuk memenuhi keperluan perniagaan dan percutian. Dengan lokasi yang strategik dan suasana yang tenang menyambut setiap ketibaan tetamu, hotel kami sentiasa berusaha untuk memberi pengalaman penginapan yang terbaik buat pengunjung.
Tema Bufet Ramadan 2025 di Park Inn by Radisson Putrajaya
Menyambut kehadiran Ramadan yang penuh keberkatan, Park Inn by Radisson Putrajaya dengan sukacitanya mempersembahkan promosi buffet Ramadan dengan bertemakan Sajian Warisan Bonda di RBG Restaurant, yang menawarkan lebih daripada 100 hidangan istimewa. Promosi ini akan berlangsung dari 2 Mac hingga 28 Mac 2025.
Makan Dan Menang di Park Inn by Radisson Putrajaya
Apa yang menariknya untuk tahun ini, Park Inn by Radisson Putrajaya bukan sahaja memberi peluang
kepada para pengunjung untuk merasai kelazatan sajian tradisional yang diwarisi turun-temurun malah setiap pengunjung juga turut berpeluang memenangi Duit Raya bernilai RM5,000 dan juga pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah! Wow, best kan.
Menu Bufet Ramadan 2025 di Park Inn by Radisson Putrajaya
Sajian Warisan Bonda di RBG menggabungkan pelbagai hidangan asli yang mengimbau selera dari dapur bonda, menampilkan resipi-resipi keluarga yang penuh dengan sejarah dan kasih sayang. Para tetamu dapat menikmati pelbagai pilihan makanan, termasuk hidangan pembuka selera, hidangan utama, serta manisan tradisional yang kaya dengan rasa dan budaya.
Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuklah gulai kawah, kambing golek, udang galah, aneka sup, lauk pauk panas, kerabu serta pelbagai jenis sambal yang pasti memikat hati setiap pengunjung. Bagi pencinta hidangan manis, jangan lepaskan peluang untuk menikmati aneka kuih-muih tradisional, bubur lambuk, puding dan banyak lagi.
Pengalaman berbuka puasa di RBG bukan sekadar menikmati hidangan yang lazat, tetapi juga mencipta kenangan bersama keluarga dan sahabat dalam suasana yang penuh meriah dan harmoni. Setiap hidangan disediakan dengan bahan-bahan segar dan dipersembahkan dengan penuh dedikasi oleh pasukan yang diketuai oleh Chef Faizul Muhammad.
Harga Bufet Ramadan 2025 di Park Inn by Radisson Putrajaya
Dah tengok menu-menu yang ada mesti nak tahu harga pula kan. Ok, boleh refer di bawah ye :
𝐁𝐮𝐟𝐞𝐭 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐧 𝐁𝐨𝐧𝐝𝐚 🍽️
Tarikh : 2 Mac - 28 Mac 2025
Masa : 7.00 malam hingga 9:30 malam
Harga :
👉🏻 𝚁𝙼𝟷𝟶𝟾+ 𝚏𝚘𝚛 𝚊𝚍𝚞𝚕𝚝
👉🏻 𝚁𝙼𝟻𝟺+ 𝚏𝚘𝚛 𝚌𝚑𝚒𝚕𝚍𝚛𝚎𝚗 𝚊𝚗𝚍 𝚜𝚎𝚗𝚒𝚘𝚛 𝚌𝚒𝚝𝚒𝚣𝚎𝚗
Early Bird Promotion
Until 28 Feb 2025
👉🏻 𝚁𝙼𝟽𝟻+ 𝚏𝚘𝚛 𝚊𝚍𝚞𝚕𝚝
📍 Restoran RBG
Park Inn by Radisson Putrajaya
Persiaran Universiti,
Taman Unipark Suria,
43000 Kajang, Selangor
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi kami di +603-8911 1999 atau WhatsApp di +6010-211 4681 atau e-mel ke pdec.fnb@parkinn.com
0 Comments