Bufet Ramadan 2025 : Sinar Ramadan Di I'Dahlia Corner

Bufet Ramadan 2025 : Sinar Ramadan Di I'Dahlia Corner | Assalamualaikum semua.. Biasanya kalau di tengah-tengah Kuala Lumpur agak susah nak cari Bufet Ramadan di bawah RM100 kan. Ha, kali ni sis nak share satu lokasi untuk berbuka puasa yang berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Jadi bagi warga kota Kuala Lumpur yang bekerja dan tidak sempat balik berbuka puasa di rumah, boleh la datang berbuka puasa di sini dahulu.


Bagi yang belum tahu mengenai I'Dahlia Corner, restoran ini terletak di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur. I'Dahlia Corner ditubuhkan pada tahun 2013 setelah pelbagai liku-liku bidang perniagaan ditempuhi oleh pemiliknya Dahlia Aliruddin seperti bidang kecantikan (1997), produk kecantikan (2003) dan jualan pakaian (2015). Restoran ini beroperasi bermula 8 pagi hingga 2 pagi setiap hari kecuali Ahad dan terkenal dengan menu Sup Tulang MeletopsPersembahan busking turut diadakan setiap tengahari dan orang ramai boleh menikmati persembahan sambil menjamu selera.


Pada tanggal 20 Februari 2025, Majlis Pelancaran Sinar Ramadan I-Dahlia Corner telah diadakan dan pihak I'Dahlia Corner telah mengundang seramai 50 anak-anak yatim dari rumah amal asnaf, Al; Barakh, Keramat, Kuala Lumpur untuk sama-sama memeriahkan majlis. Sumbangan duit raya juga telah diberi kepada anak-anak yatim ini.


Untuk sepanjang bulan Ramadan, Restoran I'Dahlia Corner akan membuat bufet ramadan dengan bertemakan Sinar Ramadan bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2025. Restoran yang berkonsepkan alam taman bunga menawarkan sehingga 50 menu setiap hari berasaskan juadah tradisional dan pastinya Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops ingin diwar-warkan.



Menurut pemilik I'Dahlia Corner iaitu Dahlia Aliruddin, ketiga-tiga menu tersebut menjadi '3 tops ranking' pilihan pengunjung untuk berbuka puasa pada setiap tahun dan dia memastikan sajian terbabit memenuhi kualiti ditetapkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

"Rempah ratus yang digunakan berasaskan bahan-bahan segar seperti serai, 
kunyit hidup, lengkuas, halia dan pelbagai lagi, saya akan memastikan bahan-bahan
 mentah yang digunakan memenuhi kehendak dan memastikan proses masakan 
mengikut standard yang ditetapkan,"
~ Dahlia Aliruddin ~







Selain dari 3 menu yang disebut, ada banyak lagi menu-menu lain yang menambat selera seperti ayam percik, ayam masak merah, masak lemak, nasi minyak, pecal, begedil, pelbagai kuih manisan menyelerakan dan pilihan air menghilangkan dahaga.


Apa yang menarik, setiap hari, pengunjung bertuah akan berpeluang memenangi hadiah misteri yang akan diumumkan sebelum Bufet Ramadan tamat pada jam 10 malam


Restoran ini mampu memuatkan lebih 200 pengunjung pada satu masa-satu masa dan kemudahan ruang solat turut disediakan, pengunjung juga akan dihiburkan oleh penghibur yang menyanyikan lagu-lagu ketuhanan bermula jam 6 petang hingsa 10 malam.

Harga Bufet Sinar Ramadan I'Dahlia Corner
RM59+ (dewasa) dan
RM39 (7 tahun - 12 tahun / warga emas /OKU)


Tempahan awal adalah dialu-alukan bagi memastikan kelancaran tempat duduk dan sebarang booking boleh dibuat melalui no telefon 012-3526397, 017-9913907 atau 03-
67367641. 




Post a Comment

0 Comments