Menu Baru Ayam Oren Dengan Rasa Manis Dan Pedas Di The Chicken Rice Shop | Assalamualaikum semua.. Wah, ada menu baru lagi di The Chicken Rice Shop (TCRS). Menu kali ini adalah sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina. TCRS mengambil peluang sempena musim istimewa ini dengan memperkenalkan hidangan baharu untuk meningkatkan lagi suasana perayaan. Rangkaian restoran Halal tempatan ini telah mencipta menu Ayam Oren yang menggabungkan rasa nostalgia Tahun Baru Cina dengan sentuhan perisa kegemaran Malaysia yang akan menggamit selera.
Biasanya kalau musim perayaan Tahun Baru Cina mesti akan banyak buah oren kan. Tapi bila buah oren dijadikan sos untuk masakan rupanya akan menaikkan lagi rasa masakan tersebut. Patut la sajian ni menjadi sajian klasik bagi masyarakat Cina. Kini kita pun boleh merasai keenakan Ayam Oren yang disempurnakan dengan kemanisan buah oren dan kehangatan rasa pedas di TCRS. Setiap ketul ayam disalut dengan sos yang dibuat daripada oren dan halia, kemudian biji bijan panggang ditaburkan di atasnya untuk kerangupan yang menggiurkan lalu terciptanya hidangan yang menghormati tradisi sambil merangkul inovasi.
Pengunjung boleh menikmati sajian Ayam Oren bermula dengan harga RM21.90 untuk menu ala-carte. Manakala untuk set pula ada 3 pilihan iaitu :
👉🏻 Ong-ly Me Set untuk seorang
👉🏻 Ong You & Me Set untuk berdua
👉🏻 Ong Like Us Set untuk makan ramai-ramai
“Oren merupakan simbol kemakmuran dan nasib yang baik untuk Tahun Baru Cina,”
“Kami mahu mengubah buah bertuah ini menjadi hidangan kontemporari yang
merangkul tradisi dan inovasi. ‘Ayam Oren’ kami melambangkan keseimbangan
yang sempurna - kemanisan kemakmuran digabungkan dengan rasa pedas
yang menggambarkan peluang yang menanti pada tahun baru yang akan datang.”
Untuk melengkapkan hidangan ‘Ayam Oren’, TCRS juga memperkenalkan minuman Ong-ren Bliss iaitu minuman menyegarkan yang mengimbangi rasa manis dan pedas dan sesuai dipadankan dengan menu Ayam Oren yang istimewa itu.
Walau bagaimanapun, Set ‘Ayam Oren’ kini boleh didapati dalam tempoh terhad di semua cawangan TCRS di seluruh negara sehingga 23 Februari 2025.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi istimewa Tahun Baru Cina ini dan promosi lain, sila layari www.thechickenriceshop.com atau ikuti halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.
0 Comments