Kenyataan Media Rasmi YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato’ Seri Baba & MRF Consultant (M) Sdn Bhd

Kenyataan Media Rasmi YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato’ Seri Baba & MRF Consultant (M) Sdn Bhd | Assalamualaikum semua.. Pada tanggal 23 Mac 2025, satu pertemuan bersama media telah diadakan bagi mewar-warkan Kenyataan Media Rasmi YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato’ Seri Baba & MRF Consultant (M) Sdn Bhd. Berikut adalah intipatinya :


Salam Sejahtera dan selamat tengahari, Terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan syukur dan berterima kasih kepada semua jemputan yang hadir serta rakan media yang dihormati sekalian. Kami turut ingin mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadan Al Mubarak kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita kurniakan negara Malaysia keamanan dan kesejahteraan hendakNya. Saya Jaspal Singh sebagai peguam dan jurucakap sidang media pada hari ini. saya mewakili YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba (YM Dato’ Sri) dan MRF Consultant (M) Sdn Bhd (MRF).  


Tujuan YM Dato’ Seri dan MRF mengadakan kenyataan rasmi ini untuk menyampaikan beberapa perkara penting untuk perhatian awam serta tindakan lanjut pihak-pihak yang berkaitan. Sidang media ini kami tidak membuka ruang sesi soal jawab soalan untuk bertanya dari wartawan. Berikut adalah kenyataan kami; 

I. TUDUHAN KES DI MAHKAMAH 
Pengurusan tertinggi MRF telah memutuskan setelah mengambil kira perbincangan, nasihat perundangan serta arahan-arahan yang berkuatkuasa oleh pihak berwajib. MRF menyatakan bahawa Pengasas kepada syarikat ini iaitu YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba (YM Dato’ Sri) di dapati tidak terlibat dengan kesalahan jenayah dan tidak disabitkan dengan mana mana jatuh hukuman yang dikenakan terhadapnya. YM Dato’ Sri telah memberikan kerjasama yang sangat baik serta akur dengan segala arahan yang berkuatkuasa ke atas beliau sepanjang prosiding mahkamah berjalan. Pihak kami telah mengemukakan dokumen-dokumen pengesahan berhubung pertuduhan ke atasnya. Inshaa Allah (Biiznillah), ada beberapa lagi keputusan positif yang akan diperolehi oleh YM Dato’ Sri dalam terdekat ini melalui pihak Mahkamah. Sesungguh Pengurusan MRF amat bersyukur dengan keputusan ini dan meminta semua pihak yang terbabit akur dan tidak lagi melakukan ganggu kacau serta memfitnah beliau serta MRF lagi.

Sehubungan dengan itu, YM Dato’ Sri meminta semua pihak yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab seperti menyebarkan fitnah, menghina, menghasut dan apa-apa perbuatan yang terkutuk tersebut dengan mengaitkan diri beliau, seluruh keluarganya serta mana-mana orang berhubung kerjasama MRF di minta untuk berhenti dengan perbuatan yang dimaksudkan serta merta.   



II. KENYATAAN MEDIA 11 JANUARI 2024  
Sesungguhnya YM Dato’ Sri telah memberikan tempoh yang panjang kepada pihak-pihak yang berkaitan perkara ini melalui satu kenyataan media rasmi yang telah disebarkan melalui media massa (Facebook) rasmi MRF Consultant (M) Sdn Bhd  bertarikh 11 Januari 2024 yang lalu agar pihak berkaitan hadir bertemu YM Dato’ Sri bagi permohonan maaf kepada  beliau. Namun tidak ada mana-mana pihak yang tampil untuk membuat permohonan maaf tersebut. Bermula dari kenyataan ini dikeluarkan MRF telah bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada mana-mana pihak yang masih lagi tidak memadamkan posting perkara yang dimaksudkan di atas sama ada gambar, kenyataan melalui pelbagai media akan diambil tindakan dan saman dari pihak MRF.  

III. TUNTUTAN PERMOHONAN MAAF  
YM Dato’ Sri dan MRF turut menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang berkepentingan serta mana-mana yang disifatkan berpengaruh untuk membuat kenyataan rasmi seperti maksud dalam perkara I tersebut agar membersihkan nama baik YM Dato’ Sri dan pihak berkaitan yang mempunyai hubung kait dengan MRF  sebelum ini sehingga YM Dato’ Sri dan MRF menanggung kerugian yang besar. Hal ini termasuk membabitkan kerugian kepada pemohon-pemohon projek Rumahku Syurgaku (RKSK), senarai calon penerima pakej umrah serta lain-lain lagi yang telah kerugian menerima manfaat dari MRF. 

IV. RUMAHKU SURGAKU (RKSK) 
MRF turut menyatakan dalam kenyataan ini, bahawa bersetuju untuk melaksanakan semula projek Rumahku Syurgaku (RKSK) dengan peraturan yang baru dengan pemantauan oleh pihak berkuasa. Perlaksanaan akan dijalankan setelah semua kelulusan dan dokumentasi lengkap diterima daripada pihak berkaitan. MRF minta agar semua pihak termasuk mereka yang berminat dalam projek ini untuk bersabar sehingga satu kenyataan baru yang akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan MRF akan datang. 


V. SUMBER KEWANGAN MRF 
MRF menegaskan bahawa sumber kewangan syarikat adalah sumber yang jelas dan telah disiasat oleh pihak berkuasa kerajaan di bawah AMLA. (Money laundering and terrorism financing (ML/TF)). MRF telah menerima dokumen pengesahan perintah pembatalan penyitaan dibawah Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram (AMLATFPUAA)2001 (AKTA 613). 

VI. PENAFIAN NAMA INDIVIDU
Seterusnya berhubung proses kelulusan dan pengurusan kewangan MRF, Pihak MRF menegaskan TIDAK mengunakan mana-mana nama Individu atau nama pertubuhan berdaftar dalam proses urusan ini dijalankan. Sehubungan dengan itu, sekiranya mana-mana nama individu atau pertubuhan yang dikaitkan dalam perkara ini diminta berjumpa terus dengan pihak pengurusan tertinggi MRF dan mengemukakan bukti agar Pengurusan MRF dapat mengesahkan kesahihannya. MRF amat memandang serius perkara ini dan jika didapati tidak sah, Kami MRF akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat. 

VII. PROSES PENGURUSAN PERBANKAN
YM Dato’ Sri meminta agar institusi perbankan yang mempunyai hubung kait serta urusan kerjasama dengan MRF supaya dapat memberi perhatian dan melancarkan urusan MRF bagi urusan pengeluaran dana selanjutnya. Sekiranya beliau dan MRF masih tidak menerima layanan baik dari Institusi perbankan seperti yang dimaksudkan. YM Dato’ Sri dan  MRF sedia untuk mengadakan sidang media 
khas kedua berhubung perkara ini dan mengemukakan dokumen berkaitan kepada media.   

VIII. PINJAMAN DANA TANPA FAEDAH 
Selanjutnya, YM Dato’ Sri dan MRF ingin mengumumkan satu pemberitahuan kepada semua pihak yang berkeperluan dan berkepentingan bahawa MRF bersedia dan mengalu-alukan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan yang sahih dan berdaftar untuk membuat pinjaman tanpa faedah serta bersetuju bersama mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa daripada MRF. Pihak yang dimaksudkan boleh mengemukakan proposal, kertas kerja, dokumen-dokumen berkaitan kepada MRF bagi diproses penilaiannya serta kelulusan selanjutnya. Berkuatkuasa permohonan boleh dilakukan selepas Mei 2025 ini. 

 IX. TUNTUTAN ANAK KANDUNG 
YM Dato’ Sri menegaskan dan menafikan tuduhan melalui bekas suami dan keluarganya terhadap dirinya berhubung perkara-perkara fitnah yang dilemparkan sehingga terdapat pihak-pihak terpengaruh dengan fitnah ini bagi YM Dato’ Sri membuat tuntutan hak jagaan anak beliau yang dinafikan sebelum ini. YM Dato’ Sri bersetuju untuk menuntut semula hak jagaan anak beliau agar beliau tidak lagi di ganggu oleh bekas suami dan keluarganya. 


 X. TINDAKAN PERUNDANGAN 
MRF turut bertegas untuk mengambil tindakan kepada penyebaran fitnah di media sosial membabitkan MRF termasuk berkaitan Pemilik MRF sendiri. Demikian juga, Pengurusan MRF turut menuntut permohonan maaf dari mana-mana pihak secara terbuka agar nama baik MRF dan Pemilik MRF dapat dibersihkan. 

Akhir sekali YM Dato’ Sri dan MRF memberikan penegasan sekali lagi bahawa segala kenyataan rasmi diberikan mempunyai maksud yang tersurat dan diambil perhatian kepada mereka yang terbabit. MRF masih lagi menjaga nama baik mereka yang terlibat agar mereka secara sukarela membersihkan nama baik MRF dan pemilik MRF. Segala rezeki ini adalah daripada Allah SWT yang Maha Kaya yang dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang meminta kepada-Nya. Sekian Terima kasih.



Post a Comment

0 Comments