Marrybrown Mengagihkan 25,000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025 | Assalamualaikum semua.. Bulan Ramadan bulan yang mulia di mana umat Islam berlumba-lumba untuk membuat pahala dan kebaikan. Begitu juga dengan rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan kegemaran Malaysia, Marrybrown® di mana turut berkongsi rezeki dengan mengedarkan lebih dari 25,000 bubur lambuk ke seluruh negara.
Dalam mengekalkan komitmennya kepada komuniti dan tradisi, program tahunan ini terus berkembang menerusi inisiatif Kasih Ramadan 2025, dari tahun ke tahun untuk memastikan lebih ramai orang dapat menikmati tradisi yang bermakna ini.
Inisiatif ini bermula di Masjid Puncak Alam, di mana kakitangan Marrybrown® menyediakan dan mengagihkan Bubur Lambuk kepada komuniti setempat. Bukan hanya sekadar hidangan klasik bulan Ramadan, Bubur Lambuk merupakan simbol tradisi di bulan mulia ini. Selari dengan warisan ini, Marrybrown® komited untuk memupuk semangat perpaduan dan kemurahan hati bersempena dengan bulan yang mulia ini.
“Tahun lepas, sambutan inisiatif yang sangat menggalakkan ini membuktikan kepentingan tradisi agihan bubur lambuk dan kami berbangga dapat memperluaskan inisiatif pada tahun ini,”
“Sebagai jenama yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti Malaysia selama beberapa dekad, kami memahami bagaimana Bubur Lambuk menyatukan orang ramai sepanjang Ramadan. Ia merupakan satu penghormatan bagi kami untuk meneruskan tradisi ini sambil berkongsi pengalaman yang sangat bermakna kepada rakyat Malaysia.”
~ Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown® ~
Bagi menarik lebih ramai orang, Marrybrown® telah bekerjasama dengan masjid-masjid di seluruh negara dan juga akan melanjutkan inisiatif ini ke kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya dan hab transit untuk memastikan mereka yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung dapat berbuka puasa dengan hidangan yang melazatkan.
Selain itu, cawangan Marrybrown® yang mengambil bahagian juga akan mengedarkan Bubur Ayam MB® kepada masjid dalam komuniti setempat mereka. Usaha ini jelas membuktikan komitmen berterusan jenama dalam memberi kembali kepada masyarakat.
“Ramadan adalah bulan untuk muhasabah diri, mengeratkan lagi perpaduan, dan mengamalkan sifat murah hati. Kami berharap dengan berkongsi hidangan yang ringkas lagi menyelerakan ini, kami dapat membawa kebahagiaan kepada mereka yang menyambut bulan suci ini, tidak kira di mana mereka berada,”
~ Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown® ~
Inisiatif Kasih Ramadan 2025 akan berlangsung sehingga akhir bulan Mac untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati Bubur Lambuk istimewa ini. Dengan lebih 600 cawangan di 16 negara, Marrybrown® terus mengekalkan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi, sambil mengukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.
Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown®, Apl MB, promosi, perkhidmatan penghantaran, dan lokasi pengedaran, sila layari :
Laman Web: https://marrybrown.com/
Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown
Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
TikTok: Marrybrownmy
Threads: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV
0 Comments