Raikan Hari Raya Bersama Kempen “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian”

Raikan Hari Raya Bersama Kempen “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian” | Assalamualaikum semua.. Pada tanggal 6 Mac 2025, bertempat di Restoran Pokok, Mitsui Lalaport Kuala Lumpur berlangsungnya majlis yang penuh meriah bersama guardian. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan suasana dan kemeriahan sambutan hari raya serta memperkenalkan kempen “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian”. Ramai para blogger dan KOL yang menghadiri majlis ini termasuk sis dan rakan-rakan



Raikan Kemeriahan Hari Raya Bersama guardian

Seperti mana yang kita tahu, hari raya merupakan hari kegembiraan buat Umat Islam setelah sebulan berpuasa. Namun kini sambutan hari raya turut diraikan seluruh rakyat Malaysia di mana semua akan bersiap sedia untuk kelihatan glamor di hari raya bagi pertemuan keluarga dan menikmati pelbagai hidangan lazat. Jaddi di sini guardian sedia membantu semua untuk tampil terbaik, rasa terbaik, dan meraikan sisi terbaik diri masing-masing melalui kempen istimewa – “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian”.


Maka ayuh la kita bersiap sedia untuk bersinar, merayakan, dan menyerlahkan raya bersama guardian! Pada musim perayaan ini, guardian Malaysia meningkatkan lagi keceriaan dengan visi jenamanya yang mantap, ‘Serlahkan Kecantikanmu. Utamakan Kesejahteraanmu.’



Kata-Kata Dari Pengarah Pemasaran guardian Malaysia


“Hari Raya adalah tentang kegembiraan, kasih sayang, dan kebersamaan! Ini adalah waktu yang sempurna untuk berbangga dengan usaha yang anda lakukan untuk menjadikan sambutan ini istimewa—bukan hanya untuk keluarga anda, tetapi juga untuk diri anda sendiri! Raikan diri anda yang terbaik bersama guardian. Sebagai rakan yang dipercayai, kami di sini untuk membantu anda bersinar dengan keyakinan, kecantikan, dan kesejahteraan, supaya anda benar-benar dapat MENYERLAHKAN Raya anda bersama guardian!”

“Selain persediaan rohani, mental, dan fizikal sepanjang Ramadhan, penjagaan diri adalah kunci! Sama ada untuk kulit yang berseri, rambut yang sihat, atau kesejahteraan menyeluruh, guardian menyediakan segala yang anda perlukan untuk meraikan Hari Raya dengan rasa berseri, yakin, dan segar.”
~ Priscilla Wu, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia ~



Filem Muzikal Raya


Bagi menghidupkan semangat hari raya ini, guardian Malaysia telah melancarkan sebuah filem muzikal Raya yang menghiburkan dan menyentuh hati yang bertajuk “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian.” Dengan berlatarbelakangkan kisah di pagi hari raya pertama, filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga kecil yang ceria dan dengan bangganya mendedahkan kepada tetamu mereka, rahsia mereka menjaga kecantikan dan kesihatan mereka dengan bantuan guardian!


Selaras dengan inisiatif guardian, #loveforlocal yang menyokong bakat tempatan, filem ini dibintangi oleh pelakon dan penyanyi berbakat, Alyssa Dezek, selaku watak utama. Filem muzikal ini menjadi peringatan yang menghiburkan bahawa setiap orang berhak untuk merasa yang terbaik pada setiap peringkat kehidupan!

“Kami memahami betapa pentingnya penjagaan diri, dan selain persediaan rohani dan jasmani sepanjang Ramadhan, meluangkan masa untuk DIRI ANDA juga amatlah penting. Sama ada untuk kulit yang berseri, rambut yang sihat, atau kesejahteraan menyeluruh, guardian menyediakan segala yang anda perlukan untuk tampil berseri, yakin, dan segar pada musim perayaan ini. Daripada keperluan kesihatan hinggalah produk penjagaan kulit dan kecantikan, guardian sentiasa di sini sebagai teman utama penjagaan diri anda,”
~ Priscilla Wu, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia ~


Jangan lupa untuk saksikan filem istimewa ini SEKARANG di YouTube dan semua platform digital guardian!


guardian X Fiziwoo


Pada musim Raya ini, guardian terus meraikan ekspresi diri melalui inisiatif #loveforlocal,  yang telah dijayakan oleh guardian Malaysia sepanjang tahun lalu, di mana guardian menyokong jenama dan bakat tempatan. Dan untuk tahun ini, guardian berkolaborasi dengan jenama fesyen tempatan terkenal, Fiziwoo, yang bakal menampilkan kepelbagaian keindahan Malaysia melalui reka bentuk fesyen mereka yang tersendiri.


Sama seperti kecantikan yang bersifat peribadi dan unik, fesyen juga mencerminkan identiti setiap individu. Melalui kolaborasi ini, guardian memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengekspresi diri mereka, bukan sahaja melalui penjagaan diri dan kesejahteraan, tetapi juga melalui fesyen yang mencerminkan identiti mereka.


Melalui kerjasama dengan pereka tempatan, guardian mencipta ruang di mana kecantikan, keyakinan, dan budaya bersatu - membolehkan setiap individu untuk benar-benar menyerlahkan kecantikan mereka dengan cara tersendiri.


Menerusi kolaborasi unik ini, Fiziwoo telah memperagakan beberapa pakaian dari koleksi raya ketika di majlis bersama guardian. Bukan itu sahaja, Fiziwoo juga akan memberikan hadiah Raya istimewa kepada pelanggan berserta produk eksklusif guardian yang membeli ciptaan Fiziwoo bernilai lebih RM150.


Sumbangan Kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia

Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan masa untuk muhasabah diri serta memupuk kasih sayang. Pada tahun ini guardian meneruskan tradisi memberi kembali kepada yang memerlukan melalui aktiviti membeli-belah istimewa. Inisiatif ini menyumbangkan hadiah Raya bernilai RM10,000 kepada 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, menyebarkan kegembiraan dan semangat perayaan pada musim yang bermakna ini.


Bagi membantu rakyat Malaysia menyerlahkan sambutan raya, guardian juga mengadakan pelbagai tawaran hebat, potongan harga, ganjaran, dan pelancaran produk baru termasuk jenama terhangat di semua stor fizikal dan stor dalam talian guardian. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini!


Nikmati POTONGAN sehingga 50% untuk jenama kecantikan dan penjagaan diri terpilih, bersama Ganjaran Hadiah Raya Percuma (GWP) Eksklusif! Dapatkan hadiah hebat seperti pemanggang BBQ elektrik, periuk kaserol seramik, pembesar suara tanpa wayar G LED, dan beg kecantikan bergaya. Sampul Raya hijau guardian juga boleh ditebus selagi stok masih ada.


Fuhh.. menarikkan tawaran yang diberikan guardian untuk kemeriahan raya tahun ini. Sis berasa bersyukur dapat berpeluang bersama-sama dengan guardian pada majlis yang penuh meriah ini. Majlis diakhiri dengan buka puasa beramai-ramai. 


So guyss, adakah korang bersedia untuk SERLAHKAN RAYA ANDA bersama guardian? Mari kita jadikan Hari Raya kali ini paling bersinar, penuh keyakinan, dan penuh bermakna!






Post a Comment

0 Comments