Kafe 28 Studio KL Menggabungkan Antara Seni, Kopi Dan Komuniti Dalam Satu Ruang | Assalamualaikum semua.. Pertama sekali sis nak ucapkan tahniah atas perasmian kafe 28 Studio KL yang telah diadakan pada 19 April 2025. Alhamdulillah, sis berkesempatan untuk hadir ke acara gilang gemilang ini yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para penggemar kopi artisan, penggiat media sosial, rakan media, dan juga selebriti tempatan.
Bertempat di 9-1, Jalan 24/6, Taman Setapak Indah, kafe ini memperkenalkan satu konsep baharu iaitu kombinasi antara seni, kopi berkualiti dan suasana mesra yang menjadikan 28 Studio KL bukan sekadar sebuah kafe, malah ianya adalah ruang yang membangkitkan inspirasi serta mendukung interaksi yang bermakna. Di sini juga ada disediakan ruang komuniti berskala kecil dan studio foto layan diri.
Diasaskan oleh Qistina Batrisyia Binti Ahmad Nizam, 28 Studio KL ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi sebuah kafe yang selesa dan menarik, untuk menikmati suasana, mengeratkan hubungan, dan mencipta kenangan.
“28 Studio KL ialah kafe yang lahir daripada impian yang kini menjadi kenyataan. Ia dicipta sebagai ruang untuk orang ramai berhubung, berkongsi momen, dan menikmati secawan kopi yang disediakan dengan penuh perhatian. ‘28’ membawa makna permulaan baharu bagi saya dan ayah, dan saya berharap ia turut menjadi sumber inspirasi kepada setiap pelanggan yang melangkah masuk,”
~ Qistina Batrisyia Binti Ahmad Nizam ~
Menariknya, keseluruhan interior kafe ini direka oleh ayah Qistina sendiri, Ahmad Nizam Mansjur, yang juga pemilik syarikat Kayuk Sdn Bhd. Seluruh ruang kafe ini menampilkan elemen kayu, pencahayaan semula jadi dan estetika moden yang membangkitkan rasa intimasi yang menenangkan jiwa.
Sempena pembukaan rasmi, 100 pelanggan pertama berpeluang memutar papan roda untuk memenangi hadiah misteri eksklusif, sebagai satu bentuk penghargaan kepada komuniti yang hadir menyokong hari bersejarah ini.
Turut kelihatan di acara ini adalah beberapa nama dikenali dalam dunia seni visual dan media sosial. Antaranya pelukis kontemporari seperti Univorso, PocketQa, SITIS, Arif Khan dan Nazrul Jalil di mana karya mereka menghiasi dinding-dinding kafe, menjadikannya seperti galeri mini yang hidup. Para tetamu juga tidak melepaskan peluang bergambar di sudut khas bertemakan semangat permulaan baharu, yang selari dengan visi 28 Studio KL.
Pelancaran ini turut menerima kehadiran rakan strategik, Dzili Empire, yang memainkan peranan penting dalam pemasaran dan pembangunan jenama 28 Studio KL.
“Kami sangat bangga dapat menyokong projek yang bukan saja cantik secara visual,
tetapi mempunyai nilai komuniti yang kuat,”
~ Dzili Empire ~
Sementara itu, terdapat pelbagai menu minuman ada di sini dan Matcha Pinkzz (Strawberry Matcha) menjadi pilihan utama hari ini, dengan ramai pelanggan berkongsi ulasan positif di media sosial. 28 Studio KL bukan hanya destinasi santai, tetapi juga ruang yang boleh ditempah untuk pelbagai acara kecil; termasuk studio layan diri dan ‘28 Den’ untuk sesi eksklusif. Kafe ini adalah mesra kanak-kanak, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur.
Dengan secara rasminya pelancaran kafe 28 Studio KL memperkenalkan konsep ruang santai yang menggabungkan elemen seni, kopi dan komuniti, menjadikan setiap kunjungan sebagai pengalaman yang lebih daripada sekadar minum kopi.
Untuk maklumat lanjut mengenai 28 Studio KL, ikuti akaun media sosial rasmi mereka
@28studioKL di Instagram dan TikTok.
0 تعليقات